5 Jenama Dryer Terbaik Yang Wajib Dimiliki Pada Tahun 2023

485 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Mesin pengering baju atau juga dikenali sebagai dryer boleh dikatakan salah satu mesin yang sangat diperlukan dan wajib dimiliki oleh setiap pemilik rumah.

Hal ini kerana, cuba bayangkan sekiranya cuaca tidak begitu elok dan hujan berpanjangan selama seminggu, sudah pasti kita akan pening kepala bagaimana nak keringkan baju. Kalau kerap pergi ke dobi ianya memerlukan bajet juga. Sebaiknya kita cuba fikirkan satu keperluan jangka masa panjang yang hanya perlu mengeluarkan kos sekali sahaja dan menjimatkan perbelanjaan harian.

Namun begitu, ada juga yang berpendapat orang yang tinggal di rumah jenis apartment sahaja memerlukan dryer. Sebenarnya, buat mereka yang tinggal di rumah jenis landed pun jika hujan tak berhenti, baju tak kering juga. Tambah pula buat mereka yang memiliki anak ramai. Sehari berbakul-bakul baju. Takkan asyik nak pergi dobi je kan?

Jadi jalan penyelesaiannya adalah dengan miliki dryer yang dapat memudahkan kita dan menjimatkan masa tanpa perlu ke dobi. Jom kita ikuti dengan lebih lanjut di bawah ini.

5 Jenama Dryer Terbaik 2023

  1. TOSHIBA TD-H80SEM:

Pengering baju jenama Toshiba ini sangat diminati oleh suri rumah kerana adanya fungsi sense-dry technology. Fungsinya adalah ianya akan auto stop apabila pakaian itu kering dan tidak akan membuatkan kita rasa ragu sama ada ianya sudah kering atau tidak kerana ianya dikeringkan sepenuhnya barulah akan berhenti.

5 Jenama Dryer Terbaik 2023

2. Electrolux:

Mesin pengering jenama ini juga memiliki satu fungsi auto set masa stop apabila kain sudah kering. Masa pengeringan itu akan berubah mengikut kadar kelembapan kain. Jadi, over dry tidak akan terjadi untuk menjaga kualiti pakaian. Kelebihan menggunakan mesin pengering jenama ini, ia mampu mengurangkan kedut kerana dilengkapi dengan anti clockwise drum movement.

5 Jenama Dryer Terbaik 2023

3. Midea MD-7388:

Untuk dryer jenama ini pula, fungsi yang cukup digemari adalah kerana dilengkapi dengan cool down phase yang mana dapat mengurangkan kedutan baju selepas pengeringan.

Jadi, baju yang dikeringkan itu tidak akan berkedut seperti baju yang ditambung banyak-banyak dalam bakul baju. Pengering jenama ini memang cukup sesuai buat golongan yang kurang berkemampuan kerana harga cukup berpatutan.

Boleh dapatkan di sini: https://shope.ee/4KkeVwS3Kz

5 Jenama Dryer Terbaik 2023

4. Beko Inverter Heatpump DPS7405XW3:

Mesin pengering jenama ini menggunakan teknologi eco-gentle yang mana fungsinya memastikan warna pakaian tidak mudah luntur. Selain itu, ianya juga dilengkapi dengan sistem aquawave dengan fungsi yang dapat mengeringkan pakaian dalam bentuk gelombang supaya fabrik tidak rosak.

Boleh dapatkan di sini: https://shope.ee/5AJlVdPEyx

5 Jenama Dryer Terbaik 2023

5. LG AI Direct Driver - FV1450H2B:

Mesin jenama LG ini cukup menarik kerana ianya memiliki fungsi 2 dalam 1 (2 in 1) iaitu basuh dan kering. Kelebihan mesin jenama ini ianya memiliki satu mod wap yang dapat menghapuskan bakteria alergen penyebab kepada masalah elergik.

Selain itu, teknologi yang digunakan juga dipanggil ecohybrid yang dapat menjadikan elektrik lebih jimat semasa penggunaannya. Ia memiliki reka bentuk yang cukup menarik dan yang penting sekali adalah harganya cukup berpatutan.

Boleh dapatkan di sini: https://shope.ee/6zlPh2iOxs

5 Jenama Dryer Terbaik 2023

Rasanya setakat itu sahaja perkongsian kita pada kali ini. Diharap ianya dapat membantu pembaca di rumah dalam memilih dryer yang bersesuaian.

Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down