Sebab Kenapa Dryer Jenama Samsung Menjadi Pilihan Utama Suri Rumah

558 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Pengering baju (dryer) pada masa kini boleh dikatakan merupakan barangan elektronik yang cukup laris dan wajib ada pada setiap rumah. Kalau dahulu, jika musim hujan yang berpanjangan tiba, sudah pasti akan membuatkan kita pening kepala kerana banyak baju lembab tidak kering, takkan setiap kali hujan perlu pergi ke dobi?

Jadi, bagi mengatasi masalah seperti di atas, terdapat beberapa jenama mesin pengering baju yang cukup diminati oleh orang ramai dek kerana fungsi dan kelebihan yang ada pada dryer tersebut. Namun, sudah pasti kita akan memilih satu jenama yang cukup dominan dan berbaloi untuk dibelanjakan kerana pembelian dryer merupakan pelaburan jangka masa panjang.

Jadi, jom kita ketahui apakah kelebihan penggunaan dryer jenama Samsung dengan lebih lanjut di bawah ini.

Kenapa Dryer Jenama Samsung Menjadi Pilihan Utama Suri Rumah?

Sebelum kita huraikan dengan lebih lanjut, ada juga pendapat lain yang berkata pelaburan untuk memiliki dryer jenama Samsung Heatpump ini membazir kerana harganya mencecah RM3K lebih dengan jaminan motor selama 10 tahun dan penambahan panel jaminan sebanyak RM400 4+1 tahun.

Apa yang boleh diperkatakan adalah, jangan dilihat pada harga yang mahal semata-mata. Jika harga lebih mahal, sudah pasti fungsi dan kelebihannya juga berlainan. Harga mahal sudah pasti kualitinya agak padu.

Jom kita lihat bil selepas penggunaan awal mesin ini:

Gambar di bawah merupakan bil elektrik selepas dryer jenama Samsung AI Ecobubble 9.5 kg dan mesin pengering baju jenama Samsung Heatpump AI 9 kg selepas sebulan digunakan.

Barangan elektrik lain yang digunakan adalah Cuckoo, peti ais inverter, setarik, vakum, pengering rambut dan oksigen ikan. Tv kurang tengok sebab kerja shift 12 jam. Kapasiti 2 dewasa, 1 baby dalam rumah.

Dryer Jenama Samsung
Dryer Jenama Samsung

Kenapa Pilih Dryer Jenama Samsung?

1. Senang Untuk Stack.

Ianya cukup besar dan boleh stack dengan pelbagai model mesin basuh jenama Samsung.

Pakai sahaja set stacking Samsung, selesai masalah. Kalau plan nak buat custom stack atau kabinet, boleh ikut selera masing-masing.

2. Kapasiti Lebih Besar.
Kapasiti yang lebih besar dan boleh connect dengan Samsung SmartThings. Jadi, kita boleh setting kedua-dua washer dan dryer dengan smart phone dan boleh monitor penggunaan mesin dan elektrik.

Fungsi Samsung SmartThings: 

Apabila sudah selesai basuh atau keringkan baju, akan keluar notifikasi di telefon kita sebagai peringatan.

3. Dryer Heat Pump Lebih Menjimatkan.
Masa yang diambil untuk keringkan pakaian adalah satu jam lebih, ianya bergantung kepada jenis pakaian yang ingin dikeringkan.

Pengiraan Bil Semasa Proses Keringkan Baju:

Satu cycle pengeringan hanya menggunakan 0.3kwh iaitu bersamaan dengan 11.4 sen.

1 kwh:  RM0.38 (38 Sen Malaysia)

4. Diamond surface drum.
Fungsi ini cukup menarik, ianya tidak terdapat pada dryer Jenama LG.

Fungsinya adalah jika ada syiling ke, brooch ke, dinding drum tidak akan dented. Ada sesetengah dryer akan dented jika mengalami situasi seperti diatas.

Dryer Jenama Samsung

5. Double Layer Lint Filter.

Filter yang lebih detail untuk perangkap segala habuk pasir dalam pakaian. Kalau dryer lambat kering, pastikan sentiasa bersihkan filter ini. Boleh rujuk gambar untuk detail cara bersihkan. Tangki air jangan lupa kosongkan.

Dryer Jenama Samsung
Dryer Jenama Samsung
Dryer Jenama Samsung

Setakat ini sahaja yang dapat disimpulkan. Kalau mula-mula letak baju, memang ianya akan tunjuk 3 jam, jangan terkejut sebab itu jangkaan awal. Selepas 20 minit, boleh tengok semula, ETA akan berkurangan sebab fungsi AI akan sentiasa monitor seberapa banyak lagi kelembapan untuk dikeringkan.

Akhir sekali, pesanan dari Giler Deco, buatlah pilihan yang bijak, barulah berbaloi dengan duit yang kita laburkan.

Kredit: Hanani Agro Farm

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down