Sesiapa yang berpindah ke sebuah rumah yang lama memang akan nampak kesan cat lama yang sudah pun makin tertanggal dan merekah. Kalau nak cat balik dengan warna yang baru memang komfirm memerlukan masa, tenaga dan juga barang-barang yang diperlukan.
Sepertimana yang dikongsikan oleh Muhamad Kushairi ini yang telah pun merasakan betapa letihnya melakukan proses buang cat lama untuk digantikan dnegan cat warna baharu. Menurut beliau menggunakan water jet antara yang wajib ada untuk membuang cat lama berbanding guna scrapper.
Hasil sebelum, dalam proses dan juga akhir ada dikongsikan dalam sepanjang lakukan proses sebegini. Beliau menyatakan memerlukan masa seminggu untuk settle semua kerja-kerja mengecat ini.
Alhamdulillah, sempat gak siap sebelum raya. Layan sorang² dari seminggu sebelum puasa dan buat masa cuti kerja. Boleh laa ni kan hasil yang dilakukan ini
Proses Untuk Membuang Cat Lama Untuk Diganti Yang Baru
Cat pada dinding luar rumah ni dah kelihatan sangat teruk. Ada yang dah tercabut akibat cat usia yang lama.
Awal-awal pakai scrapper, last-last terus guna water jet untuk buangkan sisa-sisa cat ini. Sememangnya senang guna water jet berbanding scrapper buat sakit hati jer.
Inilah dia hasil bahagian dinding setelah menggunakan water jet. Baru nampak bersihh.
Bila dinding dah licin macam ni baru senang nak mengecat dengan tenang.
Settle dinding kering baru boleh pergi kepada proses mengecat. Kita catkan dahulu undercoat ataupun sealer terlebih dahulu satu rumah ni.
Lama juga proses untuk undercoat rumah ni. Undercoat yang digunakan ini adalah sealer nippon 2 tong yang besar iaitu jotun toughshield 5 liter dan 1 liter.
Dah cun semua bahagian undercoat barulah boleh beralih kepada bahagian mengecat warna rumah yang diidamkan.
First sekali catkan pada bahagian atas dulu
Setiap ruang cat lagi sampailah habis satu rumah ni.
Seterusnya bahagian bawah pula warna yang terang sedikit.
Alhamdulillah, siap juga akhirnya buang cat lama ganti dengan cat yang baharu seperti dalam gambar dibawah ini.
Inilah dia rumahku yang telah pun diberikan warna "baju" baharu. Dari rupa yang buruk terus kelihatan cantik seperti rumah baharu yang siap dibina.
Kredit : Muhamad Kushairi