Transformasi Rumah Kayu Lama Kepada Rumah Moden

3,229 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Memiliki rumah kayu tidak bermaksud anda tidak dapat melakukan sesuatu deko. Jika anda mempunyai minat dan kesungguhan dalam melakukan transformasi rumah kayu, pastinya akan nampak cantik dan menarik seperti yang dilakukan oleh Emma Aziz.

Emma Aziz telah berkongsikan transformasi rumah beliau yang diperbuat daripada kayu kepada kelihatan seperti rumah moden yang terkini. Beliau melakukan transformasi ini bersama-sama dengan en suami beliau. Banyak kerja-kerja yang perlu dilakukan dalam lakukan transformasi ini.

Giler Deco hari ini ingin berkongsikan dengan anda transformasi rumah menakjubkan yang dilakukan oleh pasangan ni. Anda pasti akan terkejut dengan transformasi yang dilakukan. Jadi, jom kita tengok perkongsian yang dikongsikan oleh Emma Aziz ini.

Wanita Kongsikan Transformasi Rumah Kayu Lama Dijadikan Kepada Rumah Moden

Hasil kerja saya dan suami. Deko sikit-siki jelah sebab tak pandai nak deko sangat. Thankyou en.suami kerana sudi membantu dalam melakukan tranaformasi ini.

Gambar Rumah Kayu Yang Asal

Nilah dia rupa rumah kayu saya yang sebelum ini sebelum berlakunya transformasi ini. Biasalah rumah lama kan nak-nak kalau rumah kayu ini akan nampak macam seram dan suram jer.

Transformasi Rumah Kayu

Ini merupakan bahagian dapur dibawah. Memang standard dah rumah dahulu ni dapur akan berada dibawah sikit.

Hasil Transformasi Rumah Yang Dilakukan

Selepas berhempas pulas dengan encik suami melakukan kerja-kerja untuk menceriakan rumah kayu ini  akhirnya siap juga melakukan dekorasi rumah ini.

Transformasi Rumah Kayu
Transformasi Rumah Kayu

Ini merupakan bahagian ruang tamu sekarang. Keseluruhan rumah ini saya meletakkan wallpaper pelagai corak untuk menaikkan lagi seri keseluruhan rumah ini.

Transformasi Rumah Kayu

Ini merupakan bahagian dapur. Dapur ni deko simple-simple sahaja tak macam bahagian ruang tamu.

Sumber : Emma Aziz

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down