Selalu dengar orang cakap macam "Eh! Guna warna putih dekat dapur, tak lama lah, kotor lah, pilihan tak bijak lah". Maafkan mereka, mereka belum ada ilmu lagi.
Namun, jika kita sudah ada sedikit ilmu, ia perlu dikongsikan supaya orang ramai lebih tahu dan arif.
Jadi, untuk mengetaui perkongsian ilmu ini dengan lebih lanjut, boleh teruskan bacaan di bawah ini.
Saya nak kongsikan pula kepentingan Clear Protection pada perabot dapur khasnya warna putih. Kesan minyak goreng, minyak cili, kicap tak ada masalah dah lepas ni.
Okey permulaan, paling mudah tengok kereta sebagai contoh. Andai kata terkena lumpur ke, letak tengah panas ke, kena tahi kucing ke, tahi burung, basuh je tak ada masalah. Tak ada kesan pun pada cat. Itulah lapisan Clear Protection.
Ianya melindungi cat dan berada di lapisan paling atas pada perabot. Banyak brand dan jenis.
Untuk perabot, dari yang mahal dan import seperti Minwax Polyurethene, Minwax Polycrylic (water based), Asahi Clear, Samurai Clear 2k (untuk kenderaan tapi boleh guna juga) dan banyak lagi.
Semua fungsi asas yang sama iaitu lapisan lutsinar paling atas untuk protect cat sebelum fungsi tambahan ikut jenama.
Apabila bercakap mengenai fungsi tambahan, ada yang safe food, safe untuk indoor dan sebagainya.
Kalau nak cari khas untuk warna putih, kena hati-hati pilih brand. Sebab ada brand clear yang tak betul-betul lutsinar tapi kuning. Nampak kuning cat. Jadi, pilih jenama seperti Asahi, Dolphin/Anchor spray can clear /Polycure dan lain-lain yang sesuai.
Boleh apply guna roller, guna tisu, guna spray, terus spray dari tin ikut jenama dan jenis.
Ada Clear yang perlu campur hardener, perlu campur thinner atau boleh terus guna yang macam dalam tin seperti jenama Anchor atau Samurai.
Ianya boleh dipilih mengikut apa yang kita suka.
Biasanya ada dua finishing iaitu Gloss ( bersinar ) dan Satin/Matte ( malap/legap ) malah ada yang Semi Gloss ( separuh bersinar ).
Fungsi clear juga untuk jadikan lapisan minyak atau air tidak menyerap masuk ke dalam material. Boleh jadikan ianya sebagai lapisan perlindungan dari air.
Tengok saya sengaja letak minyak cili pada pintu kabinet putih. Tak perlu sabun ke spray susah, sapu je dengan tuala basah, sudah hilang kesan minyak, cat putih sentiasa cantik.
Apply 2 layer minima untuk perlindungan sepenuhnya dan setiap 4-5 tahun re-apply balik. Bila nampak menipis ke, kesan minyak mula masuk pada cat. Itu tanda kena re-apply.
Jadi kena ingat, Clear Protection ini kalau nak guna warna putih dan warna cerah tak ada masalah. Kalau tempah kabinet, tanya ada masuk clear protection pada pintu kabinet dalam quatation?
Nak test senang sahaja. Letak kicap atau minyak kotor pada pintu kabinet. Kalau tak ada tinggalkan kesan, cat tak ada rosak, itu tanda kontraktor guna.
Harap kongsikan ilmu ini supaya lebih ramai dapat ilmu dan manfaat.
Kredit: Ben Safwan