Tips Susun Atur Dapur Supaya Sentiasa Kemas

1,422 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Sebagai seorang suri rumah tangga yang sering menghabiskan kebanyakan masa di dapur, suasana persekitaran dapur amat memainkan peranan dalam menentukan mood ibu-ibu untuk memasak. Jika dapur kemas maka mencanak-canaklah semangat ibu untuk memasak dan menghabiskan masa didapur, tetapi jika hal sebaliknya yang berlaku semangat ibu2 untuk memasak juga akan hilang. Setuju tak? Perkongsian kali ini adalah mengenai tips susun atur dapur supaya sentiasa kemas.

Oleh hal demikian, tahukah anda bagaimana cara untuk memastikan susun atur di dapur tampak lebih praktikal, mudah untuk diakses? Tips ini sangat sesuai untuk anda lebih-lebih lagi jika ruangan dapur anda mempunyai banyak barang dan perkakas. Mari ikuti perkongsian menarik ini.

Tips Susun Atur Dapur Yang Mudah :

Tips:

  • Pastikan setiap barang ada "rumah" sendiri. Tepung ada bekas dia, gula, garam, serbuk kunyit dan semua bahan mesti ada bekas sendiri.
  • Nak lebih kemas gunakan bekas yang seragam dari segi bentuk dan warna.
  • Gunakan bekas yang boleh disusun bertingkat untuk jimatkan ruang dan nampak kemas.
  • Labelkan setiap bekas supaya mudah dilihat, jadi kita tak lupa untuk gunakan bahan yang ada.
  • Gunakan bekas kedap udara supaya stok makanan tahan lama tak masuk angin dan tak mudah dimasuki serangga.

*Modular Mate (MM)dari Tupperware salah satu bekas kedap udara yang sentiasa menjadi pilihan ramai untuk susun atur bahan makanan di dapur. Mudah nak buat semua tips kat atas dengan adanya MM.


Nampak lebih tersusun dan kemas bukan?

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap perkongsian pada kali ini dapat membantu anda dalam cuba untuk mencari cara susn atur dapur yang mudah dan simple. Selamat Mencuba.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down