Memiliki anak yang baru boleh berjalan dan merangkak memang memerlukan pengawasan yang agak rapi bagi mengelakkan dari berlakunya perkara yang tidak diingini.
Biasanya ibu-bapa akan memilih untuk memasang pagar keselamatan pada bahagian dapur bagi mengelakkan anak-anak pergi ke dapur dan bermain benda yang tidak sepatutnya.
Itu sekiranya di dalam rumah, kalau bahagian luar rumah pula, pemasangan pintu keselamatan amatlah disarankan bagi memastikan keselamatan anak-anak dan diri kita sendiri terjamin.
Pemasangan pintu pagar besi ini dilakukan oleh Saiful Badri. Demi keselamatan seisi keluarga, beliau memilik untuk menghasilkan pintu pagar besi secara DIY.
Bagi melihat proses yang dilakukan, boleh teruskan bacaan di bawah ini.
Settel kerja DIY pagar besi sendiri.
Pagar besi welding terus ke frame pintu ala-ala safety door paling murah. Cat kemudian.
Barangan yang digunakan bagi membuat frame pagar besi.
Keadaan pintu sebelum dipasang pagar besi.
Pemasangan pagar besi mula dilakukan pada bahagian pintu utama.
Ensel dipateri supaya kukuh dan tahan lama.
Pemasangan frame pagar selesai. Langkah seterusnya pemasangan door lock pula.
Bahagian door lock juga selesai dipateri.
Siap. Sudah boleh digunakan.
Anak-anak pun tak boleh keluar rumah. Sangat selamat dan berbaloi untuk dipasang.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.