Projek DIY Kabinet Dapur Dengan Harga Bawah RM230

5,677 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Ramai yang suka akan kabinet dapur nampak cantikkan? Apabila pergi ke rumah kawan-kawan, saudara mara ni bila tengok kabinet dapur mereka yang cantik sudah tentu kita akan jeleskan? Nak buat sendiri kabinet tu mesti memakan kos yang mahal bukan?

Betul ker ia memakan modal dan kos yang mahal? Sebenarnya ada tips untuk kabinet dapur kelihatan nampak cantik dan elegan modal dibawah RM230 sahaja. Boleh ikuti perkongsian daripada Nurul Aliffah ini tentang bagaimana untuk melakukan projek diy kabinet dapur ini.

Projek DIY Kabinet Dapur Yang Murah Dengan Harga Bawah RM230

Hi Assalammualaikum

Hari ni nak share sedikit DIY cabinet dapur. Sebelum ni ada perasan dekat satu page tu DIY cabinet dapur tak sampai RM300. Jadi kami pun teraih lah duk congak2 nak buat cabinet dapur DIY jugak dan alhamdullilah bajet kami tak sampai RM230!!!

DIY Kabinet Dapur Murah Bermodalkan Hanya RM80 Sahaja

Ni mula2 tengah ukur2 sebelum nak buat frame.

Ni dah siap potong tapi masih tak ikat lagi. Tengah adjust kayu panjang pendek.

Mase ni otw nak ikat jadi frame dah. Oh ya kami pakai kayu atas sahaja. Kalau pakai kayu bawah susah nanti kalau nak masuk keluar barang berat kena angkat sebab terhalang dengan kayu.

DIY Kabinet Dapur

Ni la pintu nya. Kami order siap2 ukur 4 pintu (luar dah siap color putih ) 4 pintu RM150 sahaja!

Ni dh pasang ansell nak adjust pintu.

DIY Kabinet Dapur

Tadaa dah siap! Tapi tempat tarik pintu belum pasang dan kayu dalam belum dicat putih. Sory guys masa masuk frame tak dan nak amik gambar sebab tolong suami buat sekali.

DIY Kabinet Dapur

Hahh ginilah kejadianya. Sebelum dan selepas kikik.

DIY Kabinet Dapur

Alhamdullilah kami buat ambil masa dalam 4 jam lebih.

DIY Kabinet Dapur

So here bill barang RM76 sahaja !! Itu pun ada barang kami tak pakai.

Kredit : Nurul Aliffah

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down