Kalau bercerita mengenai dekorasi rumah berkonsepkan minimalis, boleh dikatakan semua orang cukup mengenalinya. Hal ini kerana, ramai pemilik rumah mula menggunakan konsep ini kerana meminimalkan penggunaan perabot.
Apa yang membuatkan konsep minimalis ini menarik kerana konsepnya tidak memerlukan perabot dan barangan yang banyak di bahagian dalaman rumah. Dengan itu, rumah akan nampak lebih luas dan tidak sesak dipenuhi barangan di setiap sudut.
Konsep minimalis ini sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai ramai anak kecil kerana semua orang sedia maklum kanak-kanak memang agak lasak lagi-lagi anak lelaki.
Untuk melihatan perkongsian gambar dekorasi minimalis ini. Boleh ikuti dibawah ini.
Walaupun mempunyai ramai anak kecil. Itu langsung tidak menghalang wanita ini dalam cuba untuk mendekorasikan rumahnya dengan cantik, menarik dan selesa.
Pada waktu rumah ini dibeli, ia kelihatan agak usang dan halaman dipenuhi dengan semak dan lalang yang tumbuh segar.
Ketika mula berpindah di kediaman baru ini, dalamannya kelihatan agak teruk dan terpaksa melakukan beberapa perubahan awal agar tidak terasa janggal untuk tinggal di sini.
Proses ubahsuaian rumah ini lebih difokuskan pada bahagian ruang tamu dan dapur.
Untuk konsep ruang tamu ini, penggunaan perabot dihadkan bagi mestikan ruang tamu kelihatan lebih luas. Tetapi lebih memfokuskan dekorasi pada dinding supaya kelihatan lebih menarik. Warna perabot yang digunakan adalah tona warna lembut kelabu dan putih bagi memastikan konsep minimalis ini lebih menyerlah.
Untuk dekorasi dapur, beliau memilih untuk menggunakan konsep open kitchen. Beliau mula tertarik dengan konsep ini kerana pernah melancong dan tinggal di rumah penginapan di Seoul , Korea Selatan.
Selain itu, untuk memastikan dapur rumahnya kelihatan luas dan menarik. Beliau membina kabinet yang mempunyai banyak ruangan supaya senang untuk menyimpan peralatan dapur.
Tidak lengkaplah kalau menggunakan konsep dekorasi minimalis ini kalau tidak menggunakan sliding door untuk kelihatan lebih mewah. Sebab memilih sliding door kerana mudah untuk dibuka sepenuhnya. Dengan itu, rumah akan lebih segar kerana pengudaraan dapat masuk dengan lebih baik.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco mengenai ubahsuai rumah lama pada kali ini. Diharap dapat membantu anda dalam cuba untuk mendekorasikan rumah agar kelihatan cantik dan menarik.
Semoga bermanfaat.
Kredit : Nur Aqidah Azizi