Deko Ruang Tamu Moden - 10 Gaya Konsep Kontemporari

Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Apabila bercakap tentang deko ruang tamu, ramai orang gemarkan gaya moden. Ruang tamu moden ialah gaya reka bentuk dalaman yang dicirikan oleh palet warna monokromatik, minimalis, 'clean lines' dan juga pencahayaan semula jadi. Tetapi sebenarnya, terdapat pelbagai jenis gaya yang boleh disimpulkan sebagai moden, daripada awal hingga pertengahan abad ke-20.

Untuk membantu anda untuk merealisasikan impian anda untuk jadikan ruang tamu anda sebagai ruang tamu moden, kami telah mengumpulkan beberapa cara dan contoh untuk ruang tamu moden.

Cara Deko Ruang Tamu Moden Menggunakan Konsep Kontemporari

1. Kombinasi warna asas perabot dengan warna lembut

deko ruang tamu moden

Sofa kuning mustard dengan lukisan seni moden dapat membantu mencipta gaya moden dalam ruang yang neutral. Gabungan warna utama pada sofa dan warna lembut pada dinding dapat membuatkan ruang tamu rumah anda nampak moden. Gantungkan cermin atau lukisan pada dinding supaya ia nampak lebih menarik. Sekiranya anda memilih lukisan seni, pastikan warna itu memberi inspirasi untuk menentukan skema warna untuk ruang tamu seperti di dalam gambar.

2. Gunakan lampu yang bersaiz besar

deko ruang tamu moden dengan lampu saiz besar
Kredit: rentecdirect.com

Dalam reka bentuk moden - lebih besar lagi baik. Pencahayaan yang bersaiz besar telah menjadi popular setiap tahun. Ia bukan sahaja untuk penampilan yang menyerlah di ruang duduk tetapi ia juga akan mencipta ilusi ketinggian pada ruang tamu rumah serta menampilkan personaliti yang menarik. 

3. Lapiskan dua atau beberapa permaidani pada ruang tamu

deko ruang tamu dengan lapisan karpet
Kredit: Harmony And Design

Salah satu cara untuk menjadikan ruang tamu kelihatan moden adalah dengan melapisi dua atau beberapa permaidani. Ia akan menjadikan ruang tamu anda kelihatan mewah dan menambahkan lebih banyak kehangatan, keselesaan dan gaya yang unik pada ruang tamu anda.

4. Tambahkan galeri pada dinding

galeri dinding ruang tamu
Kredit: 527Photo

Idea hiasan pada dinding sama ada gambar, karya seni, cermin atau sebagainya adalah salah satu cara untuk menjadikan ruang tamu anda lebih menawan dan kelihatan moden. Sekiranya anda memilih untuk menggantungkan karya seni, pilih warna ‘pastel’ kerana ia akan menciptakan suasana yang menggembirakan.

5. Simpan dan susun barang anda pada tempat yang betul

almari putih ruang tamu
Kredit: The Lady Slipper

Cara yang seterusnya untuk mencipta ruang tamu yang lebih moden adalah dengan susun dan simpan barang anda di tempat yang khas. Sembunyikan barang-barang yang tidak penting di dalam ruang simpanan yang tertutup. Kemudian, pilih barang berharga yang anda ingin paparkan.

6. Fikirkan kualiti daripada kuantiti

sofa ruang tamu kelabu
Kredit: Kenay Home

Peraturan reka bentuk moden bukan ditentukan oleh berapa jumlah barangan atau aksesori yang boleh dipenuhkan di dalam rumah tetapi kualiti setiap barangan yang memberi kesan kepada penghuni atau tetamu. Hiasan dalaman sedikit tidak mengapa, yang penting barangan yang kita paparkan mampu memberikan aura positif kepada sesiapa sahaja yang melihatnya. Pastikan ruang tamu anda tidak ‘crowded’ dan terdapat banyak ruang kosong.

7. Pastikan tempat duduk dan meja pada aras yang sama iaitu 'low-slung'

sofa ruang tamu biru
Kredit: koperhuis.be

Cara ini bukan sahaja ‘trick’ untuk menjadikan ruang tamu kecil kelihatan lebih besar malah ia juga dapat menampilkan ruang tamu yang moden. Tempat duduk dan meja kopi berada pada aras rendah yang sama akan menghasilkan garisan tajam dan serta-merta akan menjadikan ruang tamu berasa lebih bersih dan ringkas.

Lebih-lebih lagi, perabot ‘low-profile’ menjadikan ruang tamu kelihatan lebih santai dan tidak formal seperti yang anda inginkan pada ruang tamu moden.

8. Tambahkan tumbuhan hijau pada ruang tamu kontemporari

deko ruang tamu sofa putih
Kredit: Pure Salt Interiors

Salah satu cara yang pantas untuk menambah gaya dan warna moden ke dalam ruang tamu rumah anda adalah dengan menambahkan ‘indoor plant’ atau pokok hiasan dalam rumah. Percikan warna hijau yang semula jadi dapat menghidupkan ruang tamu sekaligus menampilkan gaya moden.

9. Gaya minimalis dengan warna yang gelap

deko ruang tamu hitam
Kredit: Dzhemesyuk Design

Warna hitam merupakan warna yang ‘versatile’ dan dapat menjadikan ruang tamu anda nampak lebih moden. Dengan pencahayaan daripada luar dan cahaya lampu dapat menampilkan ruang tamu yang penuh gaya dan menarik. Namun, pastikan siling, karpet atau perabot anda berwarna cerah dan utamakan kesederhanaan supaya ia dapat mewujudkan ruang yang santai dan terbuka.

10. Gunakan perabot kayu dan kulit

deko ruang tamu moden kontemporari
Kredit: Kacey Tent

Deko ruang tamu moden tidak semestinya anggun dan minimalis. Jika anda inginkan ruang kontemporari yang terasa lebih nyaman, kombinasi perabot kulit dan meja kayu bersama dinding cerah boleh memberikan suasana kampung yang nyaman tetapi tetap terasa moden. 

Terdapat banyak lagi cara-cara untuk deko ruang tamu moden, tetapi di sini kami hanya kongsikan 10 cara yang menggunakan konsep kontemporari. Anda tidak semestinya ‘follow’ semua cara-cara tersebut, pilih 2 atau 3 cara sudah memadai.

Tambahan pula, untuk deko ruang tamu moden tidak memerlukan modal yang banyak kerana ia lebih kepada konsep minimalis. Sekarang anda boleh pilih cara mana yang anda suka untuk deko ruang tamu rumah anda.

Semoga bermanfaat!

Artikel Terbaru

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down