Status bujang bukanlah menjadi asbab untuk tidak melakukan ubahsuai rumah supaya kelihatan cantik dan menarik. Perkara tersebut telah dibuktikan sendiri oleh lelaki ini yang bernama Ady ZM.
Bagi mencantikkan kawasan rumahnya, beliau memilih satu cara deko konsep ala orang bujang sahaja. Namun, hasil yang dilakukan cukup kreatif dan begitu menarik.
Jadi, untuk melihat proses dan hasil yang diperoleh, jom teruskan bacaan dibawah ini.
Project hari ini, teringin nak wall accent macam rumah orang berada.
Tapi kita buat cara kita saja. Tukar dinding yang pokok-pokok itu bagi nampak moden dan luas. Nanti kita cat warna hitam. Guna casing wayar sahaja.
Ini adalah wayar casing yang akan digunakan.
Bahagian dinding sebelum diubahsuai.
Wayar casing mula dipasang. Cara untuk lekatkannya adalah dengan menggunakan paku atau gam.
Wayar casing siap dipasang.
Citarasa orang bujang memang kena warna-warna menarik. Warna hitam memang kelihatan sangat ekslusive.
Ini bukan fluted wall tapi casing wayar elektrik sahaja. Cat yang digunakan adalah Nippon Paint timber shade.
Selesai sepenuhnya ubahsuai rumah orang bujang. Kelihatan seperti rumah kayu pun ada. Fluted wall yang terhasil adalah dari casing wayar.
Pandangan pada waktu malam. Sangat kreatif deco yang dihasilkan ini.
Ruang ini sangat cantik. Penuh dengan kehijauan pokok.
Bahagian santai tenangkan minda di sini. Siap ada air terjun lagi tau.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga ianya bermanfaat buat semua pembaca di luar sana dalam menghasilkan dekorasi pada bahagian halaman rumah.