Transformasi Kolam Ikan Kepada Kolam Renang Guna Cara DIY

6,667 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Perlaksanaan perintah kawalan pergerakan akibat daripada pandemik Covid-19 pada suatu ketika dahulu menyebabkan ramai pemilik rumah mula berjinak-jinak dalam melakukan projek DIY. Sesetengah pemilik rumah mengisi masa terluang di rumah dengan melakukan dekorasi rumah dan beberapa pengubahsuaian pada ketika itu.

Akan tetapi, tidak bagi wanita ini yang bernama Haslawati Zaini, beliau memilih untuk menghasilkan projek DIY dengan melakukan transformasi kolam ikan miliknya itu kepada kolam renang guna cara DIY untuk anak mereka mandi dan bermain sambil menghilangkan stress diwaktu petang.

Beliau sempat berkata lagi, jika mengupah orang, paling tidak akan hangus berbelas ribu juga. Jadi, beliau putuskan untuk melakukannya sendiri secara DIY sahaja.

Jom sama-sama kita ikuti perkongsian yang sangat menarik dan kreatif ini.

Transformasi Kolam Ikan Kepada Kolam Renang Guna Cara DIY

Assalamualaikum.

Memandangkan perintah berkurung entah bila kan berakhir, maka kita transform kolam ikan menjadi kolam orang. Untuk melepaskan stress anak-anak dekat rumah.

Semoga hari ini lebih baik dari semalam.

Ini adalah keadaan kolam ikan sebelum dijadikan kolam renang.

Kolam Renang Guna Cara DIY
Kolam Renang Guna Cara DIY
Kolam Renang Guna Cara DIY

Proses membuat tangga kolam renang sudah mula dilakukan.

Kolam Renang Guna Cara DIY

Kerangka dibuat dengan menggunakan besi dan welding.

Kolam Renang Guna Cara DIY

Selepas itu, kerangka dinding yang di welding tersebut disimen.

Kolam Renang Guna Cara DIY

Proses seterusnya pula adalah membuat acuan tangga untuk dimasukkan simen.

Kolam Renang Guna Cara DIY

Acuan tangga selesai dibina dan hanya perlu tunggu simen mengeras.

Kolam Renang Guna Cara DIY

Bahagian tangga setelah selesai diubahsuai.

Kolam Renang Guna Cara DIY
Kolam Renang Guna Cara DIY
Kolam Renang Guna Cara DIY

Kolam ikan yang kotor tadi 100% ditukar menjadi kolam renang yang sangat cantik.

Kolam Renang Guna Cara DIY

Gambar anak mereka sewaktu mandi di kolam tersebut.

Kolam Renang Guna Cara DIY

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu pembaca di luar sana dalam mencari sumber idea dan inspirasi untuk melakukan ubahsuai rumah dengan cara DIY seperti ini.

Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down