Rasanya sangat ramai yang mengalami masalah habuk sewaktu menggerudi dinding. Kadang-kadang rimas jugak lepas selesai gerudi, penuh habuk bertaburan dekat bawah lantai, tangan dan dekat muka pun terkena juga.
Bagi mengatasi masalah tersebut ketika proses menggerudi, seorang lelaki yang bernama @adlankhalidi telah berkongsi cara untuk kurangkan habuk semasa gerudi dinding di akaun tiktok miliknya.
Tanpa berlengah lagi, jom kita ikuti perkongsian dibawah ini.
Mula-mula, pasang gerudi seperti biasa.
Setelah selesai dipasang, gunakan cawan kertas dan buat lubang seperti ini.
Seterusnya, boleh mula menggerudi dinding tersebut.
Habuk akan masuk ke dalam cawan tersebut.
Apabila selesai gerudi, boleh gantung kipas dan barangan yang dimahukan.
Sangat mudah dan sangat simple. Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat untuk semua.