Cara Hasilkan DIY Wardrobe Dengan Kos Yang Sangat Jimat

5,771 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Penghasilan wardrobe merupakan inisiatif dan idea dalam penyediaan ruang untuk menyimpan pakaian supaya ianya kelihatan sentiasa kemas dan tidak berselerak.

Kebanyakan pemilik rumah yang berkemampuan, mereka lebih memilih untuk menempah atau membeli almari pakaian tersebut secara terus di kedai. Namun, bagi golongan yang kurang berkemampuan, nilai untuk membeli sebuah wardrobe yang telah siap sangat begitu mahal.

Disebabkan harganya yang agak mahal, lelaki ini yang bernama Shahriful Fadhli bertekad untuk hasilkan sendiri wardrobe khas buat anaknya yang tercinta.

Jadi, bagi mengetahui dengan lebih lanjut, jom teruskan bacaan di bawah ini.

Cara Hasilkan DIY Wardrobe Besar Dan Kreatif

Nak share 80% DIY wardrobe anak saya size 1600mm X 2600mm, saya tanya kedai buat perabot dengan custom full height build-in wardrobe kedai quote dalam RM2600 ke atas (MDF atau Chipboard).

Jadi, saya decide buat sendiri sahaja guna plywood dengan kayu 2x1 untuk body. Sliding door guna aluminium frame. Plywood-plywood besar saya potong siap-siap di kedai.

Kos Dan Bajet Yang Dikeluarkan :

  • Body : Plywood 3mm (Body) 2 Keping - RM20 Sekeping (RM40).
  • Kayu Rangka : 2x1 (2 Ikat 20 Batang ) - RM75 Seikat (RM150 ).
  • Aluminium : Palang Gantung Baju 16' - RM16 Sebatang.
  • Sliding Door : Antijump Aluminium Kiri Kanan - 2 Batang, Sebatang RM40 (RM80).
  • Centre dan Top Aluminium - 1 batang - RM25.
  • Bottom Aluminium untuk roda - 1 batang - RM40.
  • Track atas bawah - set RM70.
  • Roda full set RM9.50.
  • Plywood 3mm 2 keping RM40.

Kebanyakan aluminium datang dengan 20 kaki panjang. Sebenarnya barang-barang diatas boleh buat wardrobe untuk size 8 ' x 8 '. Tetapi tidak cukup ruang.

Cara Hasilkan DIY Wardrobe

Kayu-Kayu beliau beli di kedai hardware furniture. Memang khas kayu untuk perabut. Jangan beli dekat hardware biasa, boleh pakai tetapi strukturnya kurang cantik.

Cara Hasilkan DIY Wardrobe

Pada ketika proses membuat rangka terus dicantumkan dengan bahagian dinding.

Cara Hasilkan DIY Wardrobe

Partition almari ini selesai dibuat. Proses seterusnya pula adalah pemasangan pintu sliding.

Cara Hasilkan DIY Wardrobe

Pada bahagian pintu sliding itu, beliau memilih untuk menggunakan frame aluminium dan plywood.

Cara Hasilkan DIY Wardrobe
Cara Hasilkan DIY Wardrobe

Hasil setelah wardrobe ini selesai dibuat. Walaupun hasilnya tidak sehebat dan semahal almari di kedai, ia sudah cukup memadai untuk kegunaan sendiri.

Selain itu, beliau dalam perancangan untuk menampal fomica bagi menampakkan wardrobe ini seperti yang dijual di kedai. Namun, disebabkan beliau kekurangan bajet. Jadi, beliau cat sahaja buat sementara waktu. Lagipun kerja-kerja nak pasang fomica ini agak rumit sedikit.

Cara Hasilkan DIY Wardrobe

Setakat itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down