Bahagian Luar Tepi Rumah Dijadikan Sebagai Tempat Berehat

295 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Bahagian luar tepi rumah ini kalau tak dijaga dan diselenggara dengan baik memang akan ada masalah rumput panjang dan bersepah dengan benda yang tidak diingini. Nak jaga pun kena sebulan sekali. Kalau tiada yang jaga memang akan kelihatan teruk.

Itulah masalah yang ingin dielakkan oleh Natasha Dhabitah kerana bahagian tepi dirumah beliau penuh dengan rumput dan tidak terurus. Beliau dapat idea untuk manfaat ruang tersebut menjadi sebuah ruang berehat yang cantik dan sesuai untuk bergambar dengan seiisi keluarga.

Nak tahu kesudahan pada bahagian tepi rumah ini? Jom kita tengok hasil sebeleum dan selepas bahagin ini dilakukan.

Manfaatkan Bahagian Luar Tepi Rumah Dengan Dijadikan Sebagai Tempat Berehat Yang Cantik

Da lama teringin nak fully utilise bahagian tepi rumah ni.. Akhirnya siap sbelum raya. Projek ni hasil tangan suami dan kawan dia. Saya jd tukang bagi idea dan penasihat dr tepi.

Sebelum Dan Selepas Bahagian Tepi Rumah Diberikan Wajah Cantik

Bahagian luar tepi rumah ini yang kosong. Kalau tiada orang yang jaga bahagian ni memang akan tumbuh rumput dengan cepat. Maintenance tinggi jugaklaaaa.

Bahagian Luar Tepi Rumah

Jadi dapat idea nak buat apa kat bahagian ni. Akhirnya nak manfaatkan ruang disini jadi cepat2 buang rumput dan ratakan tanah macam ni. Nak jadikan tempat sini sebagai tempat berehat.

Proses sedang dilakukan dengan memasang dinding yang diperbuat daripada kayu plywood. Si suami yang melakukan kerja semua ni sedangkan saya jadi tukang bagi idea dan penasihat dari tepi. hehehe.

Bahagian Luar Tepi Rumah

Bersambung kepada esok pula. Settlekan mana yang perlu dahulu sebelum touch up yang terakhir. Batu-batu kecil ditaburkan dan seterusnya memasukkan pokok-pokok kesayangan.

Bahagian Luar Tepi Rumah

Tadaaaaa!! Dah siap juga bahagian luar tepi rumah yang dilakukan manfaat sepenuhnya ini. Hari tu nak bergambarlaaa dengan ruang ni jadi masukkan sofa apa semua dan bergambar sepuas-puasnya.

Bahagian Luar Tepi Rumah

Tanaman pokok kecil dan juga lampu cylinder menambahkan lagi kecantikkan pada suasana ruang ini pada malam.

Kredit : Nathasha Dhabitah

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down