Dekorasi Bilik Tidur Berkonsepkan Bohemian Minimalist

1,231 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Konsep bohemian merupakan salah satu konsep yang digemari ramai dek kerana keunikannya dalam gabungan objek dan warna. Ia berjaya menarik perhatian orang ramai untuk melakukan dekorasi bilik tidur, dapur serta ruang tamu menggunakan konsep ini.

Konsep ini bermula pada abag ke-19 di Paris, Perancis. Ianya diilhamkan oleh seorang artis, penulis, penghibur dan perantau yang percaya bahawa kreativiti lebih berharga daripada wang. Jom ikuti perkongsian azrai mengenai cara dekorasi bilik tidur yang telah dilakukan.

Bilik Tidur Lebih Ceria Dan Menarik Dengan Menggunakan Konsep Bohemian Minimalist

@axxrai

cantik tak my bedroom?🥺🥺🥺if you guys ada any question,boleh tanya okiee!! #roommakeover #aestheticbedroom #roomtransformation #fyp #malaysia

♬ original sound - axxrai - 𝐚𝐳𝐫𝐚𝐢.

Sebelum melakukan dekorasi lain, kita buat arch wall dulu. Mula-mula kita ukur dulu mengikut saiz yang kita nak buat.

Lekatkan paku pada dinding untuk buat separuh bulatan pada bahagian atas dinding.

Dah siap arch wall painting menggunakan warna orange brown.

Bohemian

Selepas arch wall siap, kita susun perabot mengikut kesesuaian tempat. Sambil-sambil tu kita tambah dekorasi lain jugak seperti pokok, cermin dan lain-lain. Tak ada la nampak kosong je kan.

Bohemian

Tada!! Inilah hasilnya selepas siap dekorasi. Bilik tidur nampak lebih cerah, ceria dan menarik. Memang fall in love dengan dekorasi simple berkonsepkan bohemian ni.

Sekian sahaja perkongsian dari Giler Deco mengenai dekorasi bilik tidur berkonsepkan bohemian minimalist. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk dijadikan idea dekorasi rumah anda nanti. Selamat mendeko!

Sumber : @axxrai (Tik Tok)

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down