Balkoni Rumah Terbiar 8 Tahun Diberikan Sentuhan Baru

6,764 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Jika dirumah anda mempunyai sebuah balkoni, elok gunakan dan manfaatkan sepenuhnya ruangan tersebut. Mempunyai ruangan balkoni ini sememangnya sangat berguna untuk dijadikan tempat bersantai dengan ahli keluarga. Jika balkoni rumah tersebut terbiar sudah pastinya akan nampak teruk.

Seperti yang dikongsikan oleh Sazilah Ahmad ini, beliau hampir 8 tahun menetap dirumah namun tidak pernah buka grill untuk bahagian balkoni tersebut. Namun, setelah sedar hampir 8 tahun tidak digunakan, Sazilah Ahmad mengambil inisiatif untuk melakukan pembaharuan pada ruangan balkoni rumah terbiar tersebut dipanggil "Projek Balkoni".

Hampir 8 Tahun Terbiar, Kini Balkoni Rumah Ini Diberikan Sentuhan Dekorasi Yang Cantik

Dah lama menetap disini dalam hampir 8 tahun. Namun, bahagian balkoni tu langsung tak disentuh apatah lagi menggunakannya. Jadi, hari ni saya membuka grill dan pintu sliding untuk melihat keadaan sekeliling

Selepas melihat balkoni ni, terdetik untuk melakukan pembaharuan dan dekorasi terhadap balkoni rumah ini. Jadi, saya menamakan projek balkoni rumah terbiar ini sebagai "Projek Balkoni"

Projek Pembaharuan Dilakukan Pada Bahagian Balkoni Rumah Terbiar Ini

Inilah dia balkoni rumah saya yang berwarna koko ini. 8 tahun dah menetap disini namun grill tak pernah buka.

Balkoni Rumah Terbiar

Projek pembaharuan ini dilakukan dengan saya mengecat semula bahagian balkoni ini dengan warna biru dan meletakkan 2 buah kipas siling yang baru.

Pada bahagian ini, saya mengambil keputusan untuk kekalkan warna yang asal. Grill pula saya cat agar nampak kembali cantik.

Balkoni Rumah Terbiar

Pemasangan bidai kayu untuk privasi.

Last sekali, saya meletakkan karpet yang lama tidak digunakan dibahagian ini.

Hasil Projek Pembaharuan Balkoni Yang Dilakukan Ini

Alhamdulillah, selepas lama terbiar hampir 8 tahun, kini balkoni ini kembali cantik dan akan digunakan untuk dijadikan tempat bersantai.

Perabot yang lama tak digunakan kita pindah masuk kesini.

Balkoni Rumah Terbiar

Bahagian ni simpan khas untuk cucu bermain.

Balkoni Rumah Terbiar

Sumber : Sazilah Ahmad Sarji

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down