Bagaimana makeover ruang dapur diatur dan juga perkakas apa yang tersedia, ia boleh mempengaruhi mood anda menjadi lebih ceria dan seronok untuk memasak! Dapur adalah ruang yang paling penting dalam sesebuah rumah kerana di situlah kita dapat membina bonding bersama keluarga tercinta. Belajar memasak dengan yang lebih arif, mengemas bersama-sama, dan kemudian makan sambil berkongsi cerita masing-masing.
Patutlah ada orang yang gelarkan dapur tu sebagai jantung rumah. Macam mana kita jaga jantung kita supaya dapat berfungsi dengan baik, macam itu jugalah kita patut menjaga jantung rumah kita, iaitu DAPUR! Kalau dapur berselerak dan tidak tersusun, mood hendak memasak pun boleh hilang kan? Last sekali, bungkus atau makan dekat kedai saja.
Oleh yang demikian, amat penting untuk kita menjaga kebersihan dan dekorasi di dapur agar tidak mengganggu mood kita untuk memasak. Ikuti perkongsian menarik daripada Raja Nurhazwani ini melalui akaun facebook beliau yang hanya bermodalkan tidak lebih dari RM800 untuk makeover dapur rumah ayah ibunya.
Assalamualaikum. Episod kali ini saya akan kongsikan berkenaan dapur pula. Saya pasti ramai yang buntu bila masuk ke rumah yang dapurnya tidak selesa pasti akan hilang mood untuk memasak, kan? Jadi saya akan kongsikan susun atur dapur di rumah mak ayah saya.
Setiap PENERANGAN insyaAllah ada saya sertakan di caption gambar jadi saya mohon kawan kawan luangkan masa untuk baca.
Sebelum saya mulakan, setiap gambar sebelum di makeover adalah keadaan semasa proses untuk makeover, jadi agak berselerak.Semoga perkongsian & penulisan ini bermanfaat untuk semua.
3 masalah utama yang saya kenalpasti iaitu :
1. Kurang pencahayaan
2. Ruang dapur sempit
3. Kedudukan barang tidak tersusun
4. Bajet
Untuk mengatasi masalah ini saya telah menghadkan bajet untuk projek ini sebanyak RM800.
Dengan kawalan bajet yang dihadkan, saya yakin saya mampu siapkan keperluan dapur ini dengan bajet dari RM 800! ‘’Biar betul ko ni bajet RM 800 satu dapur ni ?’’- mungkin itu lah yang ada di dalam fikiran acik acik dan akak akak sekalian. Percayalah, itulah anggaran untuk peralatan utama yang saya gunakan :
Dibahagian ini terdapat 1 rak yang dijadikan sebagai tempat penyimpanan stok barang serta tempat penyediaan keperluan memasak. Kedudukan rak ni sangat tidak praktikal kerana saiz nya yang agak besar menyebabkan ruangan dapur menjadi sempit. Selain tu juga stok barang yang disimpan sukar untuk diambil.
Set meja kerusi ini digunakan bagi menyelesaikan masalah ruang yang sempit.. Selain itu juga ianya memberikan mood yang segar diruangan ini. Baru lah bersemangat nak masak kan?
Untuk ruangan ini pula terdapat 1 lagi rak 3 tingkat yang digunakan untuk meletakkan barangan masakan yang sering digunakan. Jika dilihat keadaan ni memang menyukarkan proses memasak disebabkan susunan yang tidak teratur.
Bagi memudahkan proses memasak saya menggunakan hyllis dari ikea supaya bahan2 masakan yang digunakan boleh dilihat serta mudah dicapai secara tidak langsung masa memasak pun menjadi cepat. Tak gitu makcik kiah?
Untuk rak 3 tingkat ni pula saya gunakan untuk meletakkan pinggan mangkuk serta alatan harian yang sering digunakan.. Pastikan alatan yang tidak digunakan disimpan dalam almari supaya nampak lagi kemas & teratur.
Jangan pandang rendah pada bahagian tingkap ye. Ini lah kawasan yang paling penting bagi mendapatkan pencahayaan yang baik. Tapi jangan pula kita gunakan sebagai tempat mengeringkan alatan dapur. Tak manis dipandang orang.
Kenapa perlu pasang Blind sedangkan dapur memerlukan pencahayaan yang baik? Haa ni jawapannya, blind ni digunakan pada waktu2 tertentu sahaja sebagai contoh bila masak diwaktu siang orang luar boleh nampak kita, jadi blind digunakan untuk mengelakkan orang luar nampak kita & angin pun dapat masuk, kan nyaman macam tu.
Di sudut dapur ni terdapat 1 lagi rak yang digunakan untuk meletakkan barang masakan seperti kicap sebagainya.. Tetapi kedudukan ni tidak begitu sesuai & menjadikan kawasan sudut nampak sempit.
Untuk bahagian sudut saya gantikan dengan meletakkan minyak serta sudip supaya kerja memasak menjadi mudah & kawasan menjadi luas.. Nak lagi menarik boleh la letak pokok2 hijau kat situ ye.
Ni adalah bahagian dapur yg mempunyai 2 corak mozek yang berlainan. Ia menjadikan tempat memasak tidak seragam.
Untuk mengatasi masalah tadi saya menggunakan wallpaper brick pvc untuk bahagian mozek. Jangan risau wallpaper ni kalis air & juga tahan panas. Tak lupa juga bahagian pintu almari saya gunakan wallpaper putih untuk menjadikan ruangan dapur nampak luas & bersih.
Dibahagian ini pula terdapat 1 rak yang tidak digunakan & diletakkan diruangan kosong ni
Untuk bahagian ini saya letakkan 1 lagi rak hyllis dimana ia boleh memuatkan air fryer & barangan2 lain serta hiasan supaya ruang ni tidak nampak bosan. Saya tidak meletakkan semua barangan elektrik pada rak ni sebab kebanyakan barang elektrik semua berat2.
Semoga perkongsian & penulisan ini bermanfaat untuk semua.
Kredit : Raja Nurhazwani