Bilik Air Punca Rezeki Terhalang? Ketahui Sebab Dan Kenapa

1,404 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Setiap rumah memiliki bilik air yang berbeza. Jika pada zaman dahulu, kebanyakan pemilik rumah lebih menggemari untuk membina bilik air di luar rumah.

Namun, pada masa kini, kebanyakan bilik air berada di dalam rumah dan juga di dalam setiap bilik tidur. Persoalannya, dengan membina bilik air dalam rumah atau bilik, adakah bilik air punca rezeki terhalang?

Jika mahu mengetahui dengan lebih lanjut, jom ikuti perkongsian ini.

Bilik Air Punca Rezeki Terhalang? Apakah Sebabnya?

Hari ini saya nak kongsi tentang bilik air. Saja nak kongsi walaupun saya tahu bilik air rumah anda cantik dan bersih.

Sekadar peringatan bersama

Perkara Pertama:

Apa yang kita perlu lakukan adalah lihat di mana bilik air atau tandas dalam rumah kita. Kebanyakan pada masa kini bilik air dalam rumah. Kalau bilik air di luar rumah, rumah kita termasuk dalam zon selamat.

bilik air punca rezeki terhalang?

Perkara Kedua:

Tolong baca sampai habis kenapa bilik air punca rezeki terhalang?

Dalam Islam, memang kita tahu bahawa bilik air adalah tempat tinggal Syaitan dan Jin. Malah, disitu jugalah mereka beranak-pinak.

Adakah bilik air anda ada ciri-ciri seperti di bawah?

  • Tandas Kotor

Adakah bilik air anda bersih seperti ini?

  • Lantai dan mangkok tandas kotor kekuningan?
  • Bila pijak lantai rasa licin sebab sudah berlumut hijau, hitam?
  • Sinki dalam bilik air berkerak?
  • Bau bilik air anda setaraf tandas awam?
  • Pintu bilik air sentiasa terbuka?
Bilik Air Punca Rezeki Terhalang?

Apabila bilik air kotor, Syaitan dan Jin akan bersuka-ria membiak dan beronggeng sakan.

Apabila pintu bilik air sentiasa terbuka, maka seronoknya Syaitan dan Jin keluar dan berjoget lambak dalam rumah kita.

Bilik air kotor jadikan rezeki susah masuk. Maka, dari situ kita boleh klasifikasikan bilik air punca rezeki terhalang.

  • Syaitan dan jin akan meruntuhkan kasih sayang yang juga rezeki dalam sebuah keluarga. Anak jadi biadap, isteri hilang hormat pada suami, suami pemalas!
  • Sifat-sifat negatif akan banyak dalam diri kita. Contohnya, iri hati, cepat sentap, rasa diri selalu betul orang lain salah, sombong, bongkak, lupa allah (tak solat, puasa dan berzakat).
  • Apabila kita melakukan sesuatu perniagaan, emosi kita haruslah stabil. Apabila emosi tidak stabil, mental lemah dan sifat malas berkuasa. Macam mana nak berniaga kan?

Jadi, bermula hari ini, kena rajin basuh bilik air rumah anda.

Bilik Air Punca Rezeki Terhalang

Dalil berkaitan tandas tempat tinggal Jin:

Dari Zaid bin Arqam, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi WaSallam bersabda: “Sesungguhnya tandas-tandas itu dihuni oleh Jin. Oleh itu, apabila seseorang di antara kalian masuk tandas, maka katakanlah:

Allahumma inni audzubika minal khubutsi wal khabaits.

Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari gangguan jin laki-laki dan jin perempuan”

(Hadis Riwayat Abu Dawud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)

Itu sahaja perkongsian mengenai persoalan bilik air punca rezeki terhalang ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca.

Kredit: Puan Liza

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down