Setiap daripada anda semua pasti akan ada bilik kan. Bilik tidur lah merupakan tempat untuk anda berehat, bermain permainan video atau juga menonton drama siri di televisyen. Ia merupakan ruang peribadi anda untuk lari daripada masalah.
Namun kadang-kadang ada diantara anda berhadapan dengan masalah ruang yang tidak cukup, sempit dan juga tidak tersusun. Ini akan merimaskan anda dan anda perlu fikirkan cara untuk membuatkan bilik anda nampak besar luas.
Giler deco hari ini ingin berkongsikan dengan anda semua beberapa tips bilik tidur yang akan membuatkan bilik tidur anda agar nampak besar dan luas dengan mudah dan cepat. Bukan anda sahaja yang suka, tetamu juga mungkin terpegun melihatnya.
Bagi menjimatkan lagi ruang anda pada bilik tidur tolak katil anda ke sudut dinding, dengan cara ini anda akan mendapat ruang yang lebih luas ditengah-tengah bilik anda.
Jika anda jenis gemar mengubah dekorasi pada bilik dari masa ke semasa, anda boleh memilih rak dinding untuk anda menyusun gambar,pokok kecil, buku-buku, lilin dan bingkai gambar bagi memberi identiti tersendiri pada ruangan bilik!
Dengan membuka tingkap dan memberikan cahaya matahari masuk juga agar bilik tampil lebih natural dan berseri. Cahaya ini bukan sahaja memberikan pandangan yang lebih luas tetapi juga membawa udara segar luar untuk masuk ke dalam ruangan bilik anda.
Ilusi cermin yang besar didalam ruangan bilik anda pasti memberikan pandangan bilik anda nampak luas. Pantulan cermin dalam bilik tidur ini memantulkan balik cahaya pada bilik anda dan mebuat satu ilusi yang lebih cerah dan luas.
Warna cat memainkan peranan yang tinggi lagi-lagi buat anda yang memiliki bilik yang kecil. Pengunaan warna cat yang gelap akan memberikan ilusi yang lebih sempit.
Bagi mengelakkan hal tersebut, cat dinding bilik anda dengan warna putih dan gunakan perabot dan juga sarung tilam warna cerah agar ruang bilik anda tampil lebih terang dan luas.
Itu sahaja tips yang kami kongsikan. Semoga bermanfaat semua!