4 Tips Penjagaan Rumah Supaya Kekal Kemas Dan Wangi

353 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Masalah habuk yang sentiasa melekat pada perabot memang tidak dapat dielakkan lagi. Kadangkala bermacam cara dilakukan bagi menghilangkan kesan habuk itu, walaupun kerap mengemas rumah, habuk tetap juga ada.

Namun, terdapat beberapa tips dan langkah penjagaan rumah yang boleh dilakukan bagi memastikan kediaman sentiasa bersih dan wangi tanpa sebarang kesan habuk.

Jadi, untuk mengetahui tips mujarab yang perlu dilakukan, boleh teruskan bacaan dengan lebih lanjut di bawah ini.

Tips Penjagaan Rumah Supaya Kekal Kemas Dan Wangi

1. Cara Hilangkan Habuk Melekat Pada Perabot:

Bahan-Bahan:

  • 1 penutup pelembut fabrik .
  • 10 cawan air.

Caranya mudah sahaja. Bancuh kedua bahan di atas sehingga sebati. Kemudian, lapkan pada semua perabot di rumah. Cara ini bertujuan untuk memastikan perabot tidak mudah melekat habuk, malah rumah juga berbau lebih harum.

Tips Penjagaan Rumah Supaya Kekal Kemas Dan Wangi

2. Cara Kilatkan Lantai Rumah:

Lantai melekit memang akan membuatkan rasa ketidak selesaan. Lebih-lebih lagi selepas aktiviti memasak selesai dilakukan.

Bahan-Bahan:

  • 1 penutup pencuci lantai.
  • 2 sudu teh cuka.
  • 3 cawan air panas.

Mulakan dengan menyapu lantai terlebih dahulu sehingga habuk dibersihkan. Campurkan kesemua bahan di atas dan mula mengemop pada lantai tersebut. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin.

4 Tips Penjagaan Rumah

3. Wangikan Rumah:

Selain menggunakan air purifier bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.

Bahan-Bahan:

  • 1 penutup pelembut fabrik.
  • 1 sudu teh cuka.

Cara mudah sahaja iaitu dengan mencampurkan kedua-dua bahan di atas dan semburkan dengan menggunakan spray ke seluruh ruang dalaman rumah.

Gabungan kedua-dua bahan ini mampu membangkitkan bau dan menjadikan udara lebih bersih. Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik disembur dengan kuat. Baunya tahan lama dan paling penting sangat wangi.

Cara Segarkan Bilik Air

4. Cara Segarkan Bilik Air:

Bahan-Bahan:

  • 1 sudu kecil teh soda bikarbonat.
  • 1 sudu teh cuka.
  • 1 cawan air.

Satukan kesemua bahan di atas dan masukkan ke dalam penyembur spray. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum.

Cara Segarkan Bilik Air

Selamat Mencuba.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down