Bina Rumah Mainan Khas Buat Anak

Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Seperti yang kita maklum seorang ibu akan sanggup buat apa sahaja untuk kebahagiaan anaknya. Demikianlah yang dilakukan oleh salah seorang warga Facebook ini. Beliau membina sendiri rumah mainan untuk anak kecilnya bermain.

Proses membina rumah mainan itu beliau kongsikan di laman Facebook Tukang Apa Hari Ini (TAHI) Mari kita tengok bagaimana hasil apabila seorang ibu menukang.

Bina Rumah Mainan Untuk Anak Kecil Bermain

rumah mainan

Mula-mula, potong besi mengikut lakaran yang dibuat. Lakaran dan saiz playground bergantung kepada bajet masing-masing. Untuk kali ini, saiz ukurannya 4 x 6 kaki.

rumah mainan anak

Untuk bahagian bumbung A, sediakan 2 set untuk tiang depan dan belakang. Kemudian satu lagu A ditengah-tengah bumbung.

rumah mainan anak

Selepas itu, tambah ruang yang ala-ala balkoni macam ini. Nak bagi vibes macam rumah betul.

rumah mainan anak

Kemudian, barulah naik tiang. Tiang buat tinggi sikit sebab nak tanam dan simen dalam tanah. Disebabkan rumah mainan ini ada slide ataupun gelongsor, jadi mestilah kena tinggi.

Seterusnya, proses mengecat tiang. Guna spray je senang.

Selepas siap cat tiang boleh teruskan ke langkah seterusnya iaitu, lukis dan potong Shera plank untuk dijadikan sebagai dinding dan pintu rumah. Siap pasang dinding cat dinding dengan warna pilihan yang anda minat.

Maka, beginilah hasilnya. Untuk lebih secure simen tiang selepas tanam dalam tanah. Untuk dekorasi lain boleh buat ikut pilihan dan citarasa sendiri.

Sekian cerita yang dikongsi oleh seorang ibu tentang proses beliau membina rumah mainan untuk anak-anaknya. Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down