DIY Vanity Mirror Viral Menggunakan Barang Kedai ECO

3,816 views
Langgan channel Telegram Giler Deco untuk trend deko terkini & informasi hiasan dalaman yang menarik.
Giler Deco

Ada ker diantara anda semua dah terjebak dengan Vanity Mirror yang sedang hangat viral dan diperkatakan di Malaysia ini? Kalau belum lagi, mungkin sekarang masa yang sesuai untuk anda semua membuat DIY vanity mirror viral ini. Alang-alang viral, boleh kita ikut sekali terjebak. Hehe.

Dipetik daripada facebook Siti Teha ini, beliau telah pun membuat DIY vanity mirror dengan harga yang murah namun nampak eksklusif. Beliau menyatakan barang untuk dapatkannya sangat senang dan mudah. Untuk proses DIY juga sangat senang jika ada step by step sedia ada.

Hari ini Giler Deco ingin berkongsikan dengan anda cara-cara untuk DIY vanity mirror viral ini hasil daripada perkongsian Siti Teha ini. Bahan yang diperlukan dan juga proses step by step untuk DIY vanity mirror ini akan diterangkan. Jom kita tengok cara dan proses tersebut.

DIY "Vanity Mirror" Viral Hanya Menggunakan Barang Kedai ECO Sahaja. Jimat & Mudah!

Cantik tak vanity mirror saya?

Hari tu ada kotak lebih tak tahu nak buat apa, jadi kami pun terfikir idea untuk buat vanity mirror ini.

Mudah sangat. Bahan pun guna yang senang dapat aja. Jumlah modal yang diperlukan hanya sekitar RM50. Berbaloi buat sendiri tau.

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

  • Mentol – 8pcs (RM16)
  • Tempat letak mentol warna putih – 4 plastik ada 8pcs (RM8)
  • Cermin – 4pcs (RM8)
  • Plug – 1pcs (RM2)
  • Wallpaper – 3pcs (RM6)
  • Gam – 1pcs (RM2)
  • Frame kayu letak vanity mirror – 4pcs (RM8)
  • Bekas letak barang makeup – 2pcs (RM4)
  • Sesiku L untuk lekatkan dekat dinding – (RM2)

CARA-CARA DIY VANITY MIRROR VIRAL

1. Anggarkan Saiz Kotak

First, korang anggarkan saiz mengikut cermin dan lubang untuk mentol yang dah dibeli tadi. Buat rangkanya lebih kurang macam ni. Kotak recycle je mana² yang ada. Yang ni siti guna kotak aircond. Besar sikit

DIY vanity mirror

2. Gabungkan kotak & dibalut wallpaper

Apabila dah ukur saiznya, boleh lekatkan dan balut kotak tadi dengan wallpaper tadi. Guna gam dan double tape yang digunakan untuk lekatkan kotak tu. Gam beli dekat Kedai ECO RM2 juga.

3. Sambungkan mentol

Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat sambungan wayar ke mentol. Wayar ini saya guna yang ada dekat rumah aja sebab ada lebih. Kalau tiada, boleh beli dekat Kedai ECO RM2 juga.

Sambungkan agar jadi macam ini. Kuning positif, hitam negatif.

DIY vanity mirror

Apabila dah siap semua sambungkan mentol, beginilah rupanya.

DIY vanity mirror

4. Menambahkan meja

Apabila dah siap semua, saya tambahkan pula meja untuk letak barang make-up atau apa-apa keperluan masa nak cermin muka. Saya guna frame kayu yang dibeli dekat Kedai ECO RM2 .

Boleh tengok contoh frame dibawah ini. Sebelah kanan tu yang saya dah siap balut dengan wallpaper.

5. Drill Sesiku L

Akhir sekali, sebelum hendak lekatkan ke dinding. Drill kan sesiku L pada bahagian dinding dibawah . Untuk tampalkan kotak ke dinding, saya gunakan double tape.  Memang cukup kuat.

6. HASIL TERAKHIR !!

Siap juga akhirnya mirror vanity viral ini .

DIY vanity mirror

TENGOK IDEA ORANG

" Tq kat group deco eco. Sebab duk tengok idea² dorang ni maka terjadinya vanity mirror diy bajet ni. Takpelah diy sendiri pun asal cantik dan puas hati. Jimat tak payah nak beli vanity mirror yang harga beratus tu. " - Ujar Siti Teha

Sumber : Siti Teha

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2023 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down