Memiliki rumah sendiri, sudah semestinya menjadi impian setiap orang. Lagi-lagi rumah yang dibina itu hasil dari titik peluh dan kerja keras kita. Memang boleh dikatakan satu kejayaan besar buat diri sendiri.
Perkongsian pada kali ini adalah dari seorang isterinya yang bernama Suzilida Baharudin. Individu yang bertanggungjawab dalam mendirikan rumah ini adalah suaminya sendiri.
Untuk melihat proses membangunkan rumah ini, boleh teruskan bacaan dibawah ini.
Assalamualaikum.
Perjalanan rumah ku syurga ku. Hari demi hari. Bulan demi bulan. Tahun demi tahun akhirnya rumah yang saya dan suami impikan siap juga. Rumah hasil titik peluh suami saya buat 100%.
Proses menggaul simen dilakukan.
Proses diteruskan dengan membuat tapak dan menaikkan besi tiang.
Ketika ini rumah baru siap di dirikan dan bumbung baru dipasang. Proses masih berjalan seperti biasa hari demi hari dek kerana kekangan masa.
Keadaan dalaman rumah semasa proses ubahsuai sedang giat dijalankan.
Proses mengecat dan pemasangan lantai mozek selesai dilakukan.
Keadaan dapur rumah ketika dalam proses pembuatan.
Keadaan dapur setelah proses membina rumah selesai dengan jayanya.
Keadaan tandas semasa proses ubahsuai dijalankan.
Pandangan dari dalam keadaan rumah untuk pintu hadapan.
Keadaan ruang tamu sebelum diubahsuai.
Keadaan ruang tamu semasa proses ubahsuai.
Keadaan ruang tamu selepas proses deco rumah selesai dijalankan.
Pandangan rumah dari luar dan ketika ini proses-proses masih dijalankan.
Proses diteruskan lagi.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat memberi inspirasi dan idea buat pembaca dalam membina sendiri rumah. Semoga bermanfaat.