Bosan dah dengan gaya wainscoting? Sebelum ini ramai memilih wainscoting menjadi pilihan utama dalam dekorasi rumah. Hiasan dinding kayu yang diatur daripada corak tersendiri. Apa kata anda cuba pula hiasan ataupun corak accent wall pula.
Accent wall merupakan gaya yang hampir sama dengan wainscoting tapi memiliki corak yang berbeza bentuk dalam satu corak. Selain cantik, accent wall ini murah dan juga boleh dibuat sendiri.
Hari ni Giler Deco berkongsikan dengan anda bahan yang diperlukan dan cara-cara untuk membuat accent wall ini yang ditunjukkan oleh Adam Juni daripada laman Facebook. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau.
PORT BERGAMBAR
Kalau rumah tu rasa kosong, nak buat wainscoting atau panggil ID untuk deco belum berkemampuan lagi, boleh la cuba buat sendiri accent wall ni. At least boleh ada la port untuk bergambar!
Buat yang berminat nak buat sendiri, saya sediakan step by step di setiap gambar.
BARANG YANG DIPERLUKAN
1. Kertas pasir tu kasar dan halus. Sekeping sudah.
2. Sesiku L tu boleh ganti dgn jangka sudut.
3. Penembak gam tu kene beli la, kang nanti jenuh nak tunggu silicon tu x kelua kelua.
4. Gergaji tu pakai je ape yang ada.
5. Pensel dgn pengorek auto tu penting. Buat garisan kat kayu ni, laju je pensel tu haus.
6. Kalau ade bajet, ganti masking tape tu dengan Nippon Washi Tape. Order kat shopee sudah, hardware ni memanjang x de stock.
7. Amik la meja yang paling cikai untuk buat alas tempat kerja. Takkan la gergaji kat lantai pulak kan.
8. Cat tak masuk sebab belum beli lagi.
Semua barang ini termasuk cat harga total dalam RM150.
KAYU SPIN
Ni pulak kayu spin nama dia. Hardware yang besar sikit ada jual. Kalau boleh pilih sendiri sebab ko boleh la pilih yg lurus dgn smooth permukaan dia.
Beli la lebih sikit buat spare. saya beli 22 batang. Sebatang 6 kaki. Saiz 1 inci x 1/2 inci. Harge 2 ringgit lebih sebatang. So total dalam RM 50.
MEMBUAT DESIGN PILIHAN ANDA
Kita mulakan dgn ukuran dinding (dalam cm, inci dan kaki) dan yang paling penting ialah design yang mana menjadi puujaan hatimu.
Pemilihan design ni kena berhati hati sikit. Kita tak nak dinding nampak semak, x nak rumah nampak gelap, x nak nampak sama dgn rumah sebelah. Seeloknya ambil lah masa untuk planning.
1. Pastikan dinding anda suci murni
2. Dah boleh mula lekat kan kayu tu ikut design dan ukuran asal. Boleh je kalau nak cat dulu. Kayu kena la sambung sikit untuk jadikan panjang. Ye la kan die jual panjang 6 kaki.
3. Ha dah siap lekat dan potong hujung-hujung yang berkenaan tu. Pakai jangka sudut tu lagi senang dari sesiku L sebenarnya.
Bulat kat atas tu namanya spacer. Buat la 2 batang. So bila nak letak kayu tu, parking spacer tu kat belah hujung, maka terletak cantik la kayu tu. Tak payah la nak ukur satu-satu space antara kayu tu kan.
4. Dah setel, cabut semua kayu utk proses sanding
5. Nampak tak marking setiap posisi kayu. Buat 3 marking pada setiap sisi tersebut.
1 kat layout design
1 kat kayu tu
1 kat dinding
So tak de la nak mengagau cari kayu yang mana untuk part yang mana kat dinding.
6. Ni ada gambar time tengah cabut kayu sekali dgn buat marking.
7. Lepas tu cat dahulu dinding ikut warna yang dah dipilih. Gambar ni aku dah lekat balik kayu tu kat dinding.
Gambar ni aku dah lekat balik kayu tu kat dinding. Untuk kayu yang degil tak nak lekat, paku kan saja. Antara joint kayu tu, letak wood filler. So cantikla sambungan dia.
8. Cat kayu ikut warna background. Lepas touch up mana-mana yang comot. Maka selesailah accent wall @ feature wall bermodalkan RM 200.
HASIL YANG SUDAH SIAP
Macam mana dengan gaya accent wall ini? Menarikkan? Kalau rumah tu rasa kosong, nak buat wainscoting atau pangil ID untuk deco belum berkemampuan lagi, boleh la cuba buat sendiri accent wall ni.
Sumber : Adam Juni