Rumah bonda merupakan rumah khas untuk bonda bereha seorang diri rumah apabila anak-anak sudah besar dan tinggal berjauhan. Namun, kadang kala kena juga jenguk rumah bonda sebab kita tidak tahu bagaimana keadaan rumah tersebut kalau ditinggal lebih lama.
Zuraida Abd Manaf telah berkongsikan bagaiman beliau melihat keadaan rumah bonda beliau. Keadaannya sangat menyedihkan dan tidak tersusun. Mungkin disebabkan tiada orang nak mengemasnya. Jadi, beliau mengambil inisiatif untuk melakukan sedikit dekorasi rumah bonda agar kelihatan lebih cantik.
Jom kita lihat apa perubahan sebelum dan selepas rumah tersebut. Hasilnya juga pasti akan membuatkan anda terkejut.
Deco Rumah Comel Bondaku. Flat 650sqft sahaja. Dah 17 tahun. Hadiah Deco untuk Mak yang tersayang dari anak bongsu nya.
Semoga Mak Happy & Sihat Selalu. Tiada apa yg diinginkan kecuali dapat melihat Mak Bahagia & Sihat (67 tahun). Deco Sekadar Apa Yang Mampu.
Kabinet pun kita cat aje,balance cat dinding. Dinding di dapur tampal wallpaper aje
Bahagian Ruang Makan & Ruang Tamu
Inilah dia rupa pada ruang makan dan ruang tamu sebelum dekorasi baharu dilakukan. Bahagian disini sudah pun tidak terurus pada awalnya kerana peti sejuk dan meja makan berada pada ruangan tersebut.
Selepas mengambil kira bagaimana untuk melakukan deko yang cantik pada bahagian ini, peti sejuk telah dipindahkan pada dapur dan meja makan dialihkan pada ruang hujung untuk menjadikan sebagai ruang makan.
Dekorasi meja makan yang dihiasi oleh anak bongsu.
Sebelum & Selepas Deko Bahagian Dapur
Beralih pula kepada bahagian dapur rumah bonda ini. Tengoklah sendiri bagaimana keadaan dapur rumah ini. Kabinet dapur kelihatan sudah pun uzur dan pintu pun sudah tercabut.
Selepas berfikir macam mana untuk lakukan dekorasi pada bahagian dapur ini. Zuraida telah mendapat idea untuk melakukan skirting pada kabinet tersebut untuk menutup pintu kabinet dapur.
Untuk kabinet dapur pula telah pun dicatkan dengan warna baharu agar kelihatan lebih cantik.
Kredit : Zuraida Abd Manaf