Bilik Kampung Diberi Deko Ala-Ala Homestay Modal RM2K Sahaja

180 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Pernah termimpi tak nakkan sebuah bilik tidur ataupun bilik tetamu diberikan deko ala-ala homestay yang cantik? Kalau ada impian nak sebegitu bolehlah lihat bagaimana sebuah bilik kampung ini diberikan dekorasi yang cantik macam homestay 5 bintang.

Menurut daripada tuan post ini iaitu Naa Suhana, modal yang diperlukan untuk melakukan dekorasi cantik homestay ini memakan sebanyak RM2K. Walaupun hanya RM2K proses untuk membuat dekorasi sebegini memakan masa.

Jom kita tengok bagaimana dekorasi bilik kampung ini selepas dilakukan ubahsuai kepada deko ala-ala homestay yang cantik.

Nak Tukar Selera. Bilik Di Kampung Diberikan Deko Ala-Ala Homestay Modal RM2K Sahaja

Alhamdulillah dengan izin Allah. Nak share Deco ala homestay bilik kat kampung. 2 hari setengah menyiapkan bilik yang terbiar. Sampai demam2 husben. Kita sibuk siapkan bilik dengan mengecat, bertukang tutup semua lubang2,cat lantai dan macam2 lah. Sebab itulah masa cuti yang ada.

Dah lama, Planing dengan husben nak buat bilik yang terbiar nampak macam homestay. Senang balik kampung anak2 dah tak tido di ruang tamu lagi. Tak perlu punggah toto selimut bagai lagi. So tercapai jugak hajat. Sebelum nak jadikan macam ni, cari barang bajet terpakai jer semua. Kumpul2 semua perabot baru projek boleh mula. Total kos dalam 2K lebih.

Dekorasi Bilik Kampung Ala-Ala Homestay Yang Cantik

Deko Ala-Ala Homestay

Almari disediakan untuk meletakkan barang seperti toto, selimut dan banyak lagi.

Katil disediakan agar anak-anak yang datang sini dapat tidur terus dalam bilik dan tidak tidur di ruang tamu.

Deko Ala-Ala Homestay
Deko Ala-Ala Homestay

Katil untuk suami isteri. Katil pun guna barang yang terpakai sahaja.

Deko Ala-Ala Homestay
Deko Ala-Ala Homestay
Deko Ala-Ala Homestay
Deko Ala-Ala Homestay

Kredit : Naa Suhana

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down