Isu dan masalah yang sering dihadapi oleh pemilik rumah jenis apartment adalah datangnya dari bahagian tandas. Kebanyakannya adalah dari pengguna tandas jenis cangkung yang membolehkan binatang untuk masuk ke saluran tersebut dan mati di dalamnya.
Jadi, untuk menyelesaikan masalah tersebut, lelaki ini yang bernama Fazz Lah, telah berkongsi cara untuk mengatasi masalah binatang masuk ke tandas dan bau yang datang dari paip saluran.
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian projek DIY yang dilakukan oleh laki ini.
Salam sejahtera,
Nak share projek D.I.Y bagi masalah binatang masuk ke tandas dan bau yang datang dari paip saluran terutama bagi penghuni apartment, pangsapuri, flat dan sebagainya.
Jamban saya ada masalah kontraktor dulu tak letak 'S' untuk water trap, jadi air direct flow
Kos untuk menghasilkan projek DIY ini cukup jimat.
Bahan yang digunakan di atas adalah sebagai penutup bahagian air mengalir di dalam mangkuk tandas.
Fungsinya cukup menarik dan mudah. Apabila air di flush, ia akan secara automatik terbuka, manakala apabila tidak digunakan ia akan kekal tertutup. Jadi ia cukup membantu untuk menghalang binatang dari memasuki salur paip tersebut.
Contoh apabila ia dibuka.
Seterusnya untuk memastikan serangga tidak dapat masuk dalam mangkuk tersebut adalah dengan memasang penutup pada tandas cangkung tersebut.
Hasil setelah projek DIY ini selesai dilakukan.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.