Cara Atasi Masalah Mesin Basuh Keluar Air Tak Berhenti

13,373 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Seperti yang anda tahu, masalah mesin basuh keluar air yang tak berhenti adalah perkara biasa. Lagi-lagi jika mesin basuh itu sudah bertahun lamanya digunakan. Sebenarnya, masalah ini bukanlah isu besar dan untuk selesaikan masalah ini tidaklah begitu sukar.

Barangan elektronik yang sudah lama pasti kadang-kala akan meragam. Perkara seperti ini agak normal kerana barangan elektronik kadang-kadang memang agak cerewet sedikit.

Jadi, bagi menyelesaikan masalah ini, terdapat satu cara yang cukup mudah, jom ketahui dengan lebih lanjut di bawah ini.

Cara Atasi Masalah Mesin Basuh Keluar Air Tak Berhenti

Buka paip dalam air, kemudian, tanggalkan cover yang dibulatkan. Screw 2 biji sahaja di belakang mesin basuh.

Cara Atasi Masalah Mesin Basuh Keluar Air Tak Berhenti

Ini rupa water inlet valve. Matikan current duhulu. Kemudian, buka 2 screw di bracket valve tersebut (biru) dan tanggalkan clip wire (merah).

Cara Atasi Masalah Mesin Basuh Keluar Air Tak Berhenti

Seterusnya, buka 4 biji skru dan keluarkan untuk periksa valve.

Cara Atasi Masalah Mesin Basuh Keluar Air Tak Berhenti

Inilah bentuk valve yang ada di dalam benda ini.

Cara Atasi Masalah Mesin Basuh Keluar Air Tak Berhenti

Setelah diperiksa, masalahnya ada pasir dan batu halus terperangkap di dalam valve. Itulah sebab valve tidak boleh tutup rapat dan air mengalir keluar.

Perkara yang perlu dilakukan adalah dengan servis dan cuci valve itu. Kemudian, pasang balik semua ikut turutan terbalik dari atas.

Cara Atasi Masalah Mesin Basuh Keluar Air Tak Berhenti

Akhirnya siap, mesin basuh sudah berfungsi seperti biasa semula.

Cara Atasi Masalah Mesin Basuh Keluar Air Tak Berhenti

Untuk pengetahuan kalau inlet valve rosak dan tak boleh repair. Ianya boleh beli di Shopee. Harganya murah sahaja.

Cara Atasi Masalah Mesin Basuh Keluar Air Tak Berhenti

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada hari ini. Diharap dapat membantu pembaca di luar sana dalam menyelesaikan masalah ini.

Selamat mencuba.

Kredit: Mohd Sani Soid

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down