Cara Beli Jiwa Isteri Dengan Deko Bilik Tidur

694 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Sudah menjadi lumrah bagi golongan wanita sukakan sesuatu yang cantik dan menarik. Cara terbaik untuk memastikan isteri kita sentiasa gembira dan senyum sampai telinga adalah dengan menghasilkan satu deco bilik tidur dengan gaya baru yang lebih menarik.

Siapa yang tak sayang bini kan? Itulah yang dilakukan oleh lelaki ini yang bernama Mohd Asmawi Bin Che Ghani. Beliau sempat berkongsi mengenai cara beli jiwa isteri dengan hanya deco bilik tidur sahaja.

Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian menarik ini.

Cara Beli Jiwa Isteri Dengan Deco Bilik Tidur

Sebelum dan selepas. Beli jiwa orang tersayang.

Ruang bilik tidur sebelum diubahsuai.

Cara Beli Jiwa Isteri

Kayu wainscoting yang digunakan itu dibeli di kedai hardware. Harga untuk sekaki adalah lebih kurang 83 sen.

Cara Beli Jiwa Isteri

Cara lekatkan kayu frame pada dinding adalah dengan menggunakan gam Xbond. Jika tidak mahu permukaan kayu itu kasar, seeloknya beli kayu yang telah dikilatkan.

Cara Beli Jiwa Isteri

Cara untuk mengecat kayu dan bahagian dinding ini pula adalah dengan menyapu cat warna putih terlebih dahulu. Setelah itu, barulah lapiskan dengan warna cat mengikut pilihan kita.

Cara Beli Jiwa Isteri

Dekorasi bilik utama setelah selesai diubahsuai. Warna tema yang digunakan adalah hijau dan putih. Kod cat pula adalah jade green jenama Dulux. Perabot dan perhiasan dibeli dari IKEA, Kaison, Shopee, Eco, Mr.DIY dan Houses Lightings Puchong.

Cara Beli Jiwa Isteri
Cara Beli Jiwa Isteri
Cara Beli Jiwa Isteri

Dekorasi pada dinding dan tempat letak sejadah.

Cara Beli Jiwa Isteri

Deco pada bahagian dinding bilik utama.

Cara Beli Jiwa Isteri

Bahagian sudut penjuru bilik dengan hiasan dinding dan almari baju.

Cara Beli Jiwa Isteri

Ruang meja solek isteri tercinta.

Cara Beli Jiwa Isteri

Keadaan tandas bilik utama.

Cara Beli Jiwa Isteri
Cara Beli Jiwa Isteri

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana dalam mencari idea dan inspirasi untuk deco bilik tidur. Selamat mencuba.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down