Cara Bersihkan Rumah Anda Hanya Guna Baking Soda

481 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Baking soda atau dikenali sebagai soda bikarbonat merupakan satu bahan yang selalu dimasukkan ke dalam campuran bahan lain untuk dijadikan kek atau kuih-muih.

Untuk pengetahuan anda bahawa baking soda ini mampu selesaikan hilangkan masalah kekotoran di dalam kediaman anda. Kali ini kami ingin berkongsi cara bersihkan rumah anda dengan menggunakan baking soda.

Cara Bersihkan Rumah Menggunakan Baking Soda

cara bersihkan rumah anda

Saluran Air Sinki Perlahan

Sebelum anda menggunakan bahan kimia untuk melancarkan saliran air sinki rumah anda. Cuba anda campurkan sedikit baking soda bersama campuaran cuka ke dalam satu gelas.

Hasil campuran tadi anda tuangkan ke dalam saluran air sinki. Selepas 10 minit anda siram menggunakan satu periuk yang berisi air panas kedalam saluran air sinki.

Bersihkan Oven

Kekotoran dalam oven adalah satu cabaran untuk membersihkannya. Elakkan mencampurkan baking soda dengan bahan kimia yang menghakis. Untuk menghasilkan pes, campurkan setengan cawan baking soda dengan 3 sudu air ke dalam satu mangkuk.

Gunakan sarung tangan getah untuk meratakan pes campuran tadi ke tempat kotor di dalam oven. Biarkan selama 20 minit. Lapkan menggunakan kasih basah sehingga bersih.

Bersihkan Dapur Seramik

Sisa makanan yang melekat di atas permukaan tempat memasak sukar untuk dihilangkan jika anda menggosok dengan banyak kali. Untuk hilangkan, campurakan satu sudu air suam dengan satu sudu baking soda.

Ini akan dapat membantu untuk memudahkan lagi untuk menghilangkan sisa kotoran itu. Selesaikan dengan menyembur sedikit pembersih kaca dan lap sehingga kering.

Sinarkan Alat Keluli Tahan Karat

Jika sinki atau peralatan dapur yang menggunakan keluli tahan karat sudah semakin pudar. Taburkan sedikit baking soda di atas kain yang bersih dan sapukan sehingga ia bersinar. Akhir sekali bilas dengan bersih.

cara bersihkan rumah anda

Bersihkan Mangkuk Tandas

Anda perlukan separuh cawan baking soda, separuh cawan boraks dan satu cawan cuka. Tuangkan cawan yang mengandungi cuka tadi ke dalam magkuk tandas.

Kemudian taburkan campuran baking soda dan boraks ke dalam mangkuk tandas. Biarkan selama 30 minit. Selepas itu gosok mangkuk tandas dan akhir sekali flush mangkuk tandas tersebut.

Hilangkan Tompok di Karpet

Jika karpet anda ternapak tompok di atas karpet atau permaidani, taburkan sedikit baking soda untuk menghilangkan kelembapan yang berlebihan dan biarkan ia selama beberapa minit, selepas itu vakum di tempat tompok tadi.

cara bersihkan rumah anda

Bersihkan tompok tadi dengan campuran air suam dengan 1 sudu cuka. Lap sehingga bersih menggunakan kain kering yang bersih sehingga tompokan tadi hilang.

Sumber : HGTV

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down