Cara Betul Untuk Baiki Paip Bocor Di Dalam Tanah Secara DIY

6,873 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Apa yang anda akan lakukan sekiranya berlaku paip bocor dirumah? Sudah semestinya kita akan tukarkan paip tersebut dengan yang barukan? Namun, kalau paip tersebut berada didalam tanah bagaimana pula proses untuk baiki paip bocor tersebut?

Jangan risau kerana perkongsian daripada Mohd Sani Soid ini akan menunjukkan cara yang betul bagaimana untuk anda semua membaiki paip yang bocor didalam tanah secara DIY sahaja. Jom kita tengok apa bahan yang diperlukan dan cara yang betul untuk melakukan DIY ini.

Paip Bocor Didalam Tanah? Ini Dia Cara Betul Untuk Baiki Paip Bocor Secara DIY

Since rumah saya dah dijual, tiba2 rumah saya mula buat hal (merajuk kut sebab kena jual ), tiba-tiba bil air meningkat gila, lepas check tengok meter bergerak tanpa henti. Saya hubungi Pihak Syabas untuk check meter. Syabas tukar meter baru tapi still meter bergerak tanpa henti. So confirm 100% paip ada bocor somewhere dalam tanah. Jadi, sebelum buyer rumah masuk pindah, terpaksa lah repair, saya takmau buat naya pada org.

Ambil masa 2 hari untuk siap kerana saya buat secara sambil-sambil sahaja sebab kesihatan kena jaga. Kalau tak rasanya satu hari Ahad dah siap. Pagi buat, Petang dah boleh siap asalkan raw material cukup, dan alatan semua lengkap, insyaAllah boleh.

Alatan Diperlukan Untuk Baiki Paip Bocor Dalam Tanah

  • Tangga untuk panjang siling
  • Pipe Cutter untuk mudah potong paip
  • Impact Drill untuk tebuk dinding
  • Grinder untuk potong mozek
  • Lain2 seperti Hammer, Pahat, Screw Driver, Pipe Wrench, Spanar

Cara Mudah Untuk Baiki Paip Bocor Di Dalam Dinding

Tebuk separuh dinding simen dibelakang paip sinki menggunakan Impact/Hammer drill.

Baiki Paip Bocor

Tebuk lagi separuh dibahagian dalam rumah sebelah paip sinki.

Baiki Paip Bocor

Tebuk ratakan lubang untuk pasangkan paip baru.

Baiki Paip Bocor

Mulakan pemasangan paip baru seeloknya dari meter air, gunakan paip PVC jenis diameter tebal untuk ketahanan lama.

Naik ke siling, tukar ke jenis paip Poly kerana boleh lentur di dalam siling

Dari siling, tembus ke tempat simpanan tangki air.

Tukar ke paip PVC semula untuk standard pemasangan masuk pelampung di dalam tangki, pasangkan satu T junction soket untuk ke sinki dapur dan tukarkan kepada paip Poly (bulatan merah) semula supaya mudah lentur.

Baiki Paip Bocor

Keluar dari siling di dapur rumah sebelah luar, tukarkan ke paip PVC semula utk standard pemasangan pili rumah.

Letakkan satu Stop Valve (bulatan merah) untuk kemudahan kerja pembaikkan di masa hadapan, boleh buat tambahan soket T junction jika mahu penambahan pili (bulatan biru)

Penambahan pili untuk mesin basuh.

Seterusnya paip masuk ke lubang yg telah di tebuk awal2 tadi, kemaskan dengan simen kapur.

Begitu juga sebelah dalam rumah, pasang soket jenis thread copper di dalam untuk ketahanan lama, kemaskan dengan simen kapur.

Biarkan simen kapur kering 2-3jam, dan boleh pasang pili baru sinki. Akhirnya siap juga proses baiki paip bocor secara DIY yang dilakukan ini.

Baiki Paip Bocor

Kredit : Mohd Sani Soid

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down