Cara Betul Untuk Menukar Getah Pintu Mesin Basuh Yang Terputus

1,333 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Ada sesiapa disini yang telah lama menggunakan sebuah mesin basuh sehingga ianya rosak? Kerosakkan yang kerap berlaku ialah bocornya air daripada mesin basuh sewaktu mesin basuh sedang membasuh baju. Apakah punca air tersebut keluar dan kenapa ianya bocor?

Mengikut panduan daripada Che Puteh Osman ini, punca utama ialah getah pada pintu mesin tersebut telah terputus. Itu penyebab utama air selalu bocor sewaktu proses membasuh dilakukan. Ada cara untuk menukar getah pintu tersebut dengan vara yang mudah.

Che Puteh Osman telah menunjukkan cara untuk menukar getah pintu pada masin basuh ini dengan betul agar anda yang mengalami nasib sama boleh membaikinya dengan diri sendiri. Jom kita melihat cara untuk menukar getah pintu ini dengan betul oleh Che Puteh Osman ini.

Cara Yang Betul Untuk Menukar Getah Pintu Yang Terputus Pada Mesin Basuh

Baru-baru ini mesin basuh saya bocor. Air melimpah bagai ban yang pecah. Rupanya saspek berjaya dikenalpasti. Ada getah yang terputus. Getah ini yang mengelilingi ruang pintu mesin basuh jenis muatan depan (front-loading). Saya pun menggoogle mana nak beli getah.

Asalnya saya ingat dia cuma buka dan pasang tanpa perlu buka badan mesin. Bila tak jumpa saya telefon Pusat Servis dan Jualan Toshiba. Alat ganti boleh dibeli di pusat servis. Kemudian saya buka YouTube cara nak menukar getah pintu ini atau namanya door seal/gasket. Macam senang. Maka saya pun memulakan misi menukar getah.

Langkah Terperinci Untuk Menukar Getah Pintu Yang Bocor

1. Pertama kena tutup suiz. Pastikan tiada air kawasan kerja.

2. Tanggalkan besi yang mengikat getah di luar pintu depan. Gunakan playar.

3. Buka dua skru di belakang. Angkat penutup atas.

4. Kalau ikutkan YouTube, terus angkat panel depan. Rupanya model ini kena buka tiga skru kiri dan kanan.

5. Kemudian angkat panel depan. Pastikan tiada wayar sangkut atau putus. Kita tak mahu ganggu litar elektronik.

6. Buka skru yang menghubungkan pintu dengan sensor.

7. Buka skru bawah dahulu. Kalau buka atas dahulu kang susah nak buka bila panel dah terbuka. Model saya ada tiga skru.

8. Buka skru atas. Masa ini pintu depan sudah boleh tercabut.

9. Buka wayar kedua yang mengikat getah di ruangan dalam. Kemudian longgarkan besi pengikat getah pada hos dryer duct. Model saya sulit sikit sebab dia terkepit antara konkrit kiri kanan dan hos paip udara panas. Banding dengan model dalam YouTube, hos pemanas adalah jenis paip.

10. Buka sedikit skru unit pemanas. Ini tiada dalam YouTube. Ciss berjam saya cuba fikir macam mana nak masukkan getah dalam hos empat segi ini. Sempit dan tajam. Mula-mula saya buka konkrit (slab) kiri kanan. Tetap susah. Kemudian saya longgarkan dryer duct ini baru senang masukkan.

11. Masukkan dulu getah dalam ruangan bahagian dalam ini. Ikat dengan besi. Masa ini minta seseorang angkat unit pemanas ni sebentar. Selesai lepaskan. Masa ini getah ini elok-elok masuk dalam hos. Ketatkan kembali pengikat hos seperti dalam gambar.

12. Ketatkan kembali skru pemanas.

13. Pasang pintu semula. Minta seseorang tolong pegang.

14. Skru skru ke sensor pintu dahulu. Pastikan wayar tersemar ruangan elok-elok untuk elakkan terkena air bocor (jika berlaku).

15. Pasang skru atas dahulu.

16. Pasang skru bawah.

17. Pasang kembali panel depan. Masukkan dalam ruangan yang betul. Jangan paksa. Buat perlahan takut merosakkan komponen plastik.

18. Pasang semula skru besi tadi.

19. Tutup penutup atas. Skru kembali.

Langkah Untuk Kenal Pasti Wayar Getah Yang Bocor Pada Mesin Basuh

Saspek kejadian. Bila gam masih bocor. Cuma tak melimpah macam banjir. Bolehlah sementara cari masa nk pergi beli getah, belajar youtube dan pasang.

Peralatan yang diperlukan. Skru Philips dan spanner L box size 10 mm. Guna untuk buka skru slab dan skru drying duct.

Mula-mula kena bukak dulu besi di luar ini. Ini yang dah siap. Masa buka lupa nak ambil gambar.

Ini lepas buka besi. Manatah gambar. Baru boleh buka panel depan. Ada banyak wayar hati-hati.

Buka skru hitam ini dulu. Jangan buka yang lain dulu. Takut nanti putus wayar menampung berat pintu.

Bukak skru bawah dulu. Sis baiki dekat ruang laundary. Macam inilah ada pulak pengepit jatuh.

Buka skru atas. Ada dua. Kiri dan kanan.

Inilah penghadang besi kena bukak tu. Ada 3 skru kiri kanan. Duduk sini pulak gambar ni.

Kawasan bertanda merah adalah dryer duct. Di sinilah saya longgarkan skru supaya boleh angat sikit sementara pasang getah. Masa perlu angkat sekitar 5 minit.

Menukar Paip Getah

Lepas sudah bukak. Ada dua slab di kiri dan kanan. Slab ini malangnya kena buka sebelum pasang getah baru. Saya buka slab. Longgarkan skru dryer duct. Keluarkan besi pengikat getah pada dryer duct. Buka besi dan keluarkan getah lama.

Untuk getah baru, minta seseorang pegang dryer duct sementara anda pasang getah dan ikat dengan dawai. Tricky sikit. Besi tu ketat. Kemudian lepaskan perlahan dryer duct. Getah akan masuk bahagian 4 segi itu elok je. Ketatkan kembali dengan besi untuk mengikat getah pada dryer duct.

Kemudian ketatkan skru dryer duct yang dilonggarkan tadi.

Menukar Paip Getah

Sudah boleh beroperasi. Kali pertama berbunyi. Selepas saya skru pada tempat yang betul dan ketatkan menggunakan spanner L box, sudah tiada bunyi.

Menukar Paip Getah

Dinasihatkan ambil gambar pada setiap langkah. Jangan jadi macam saya. Ingatkan ada 4 skru slab dua-dua belah kiri dan kanan. Rupanya ada 3 sahaja. Cara pasangnya adalah pada kedudukan 1,3 dan 4 dan bukannya 1,2 dan 4.

Akibat tersilap, ada bunyi. Saya bimbang merosakkan spring saya buka semua dan tukar skru. Alhamdulillah selesai sudah proses menukar getah pintu mesin basuh ni. Buka kali pertama 5 jam. Kali kedua setengah jam termasuk buka dan pasang kembali getah pintu depan.

Jadi, hargailah technician yang membaiki peralatan anda. Skill mereka menjimatkan masa dan tenaga.

Kredit : Che Puteh Osman

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down