Projek DIY Meja Makan Daripada Kayu Pallet Terbuang

962 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Melakukan sebuah meja makan secara DIY ini sememangnya dapat menjimatkan duit kita beribu ringgit daripada membeli sebuah meja makan yang terlampau mahal dikedai. Jika anda ingin melakukan sebuah meja makan boleh tengok perkongsian daripada Fadhli ini.

Fadhli ini sudah pun melakukan diy sebuah kabinet dapur untuk dapurnya dan kini beliau berkongsikan lagi diy terbarunya iaitu melakukan projek meja makan daripada kayu pallet terpakai. Jadi, jom kita tengok perkongsian daripada beliau melakukan diy meja makan ini.

Projek DIY Meja Makan Yang Cantik Dan Kemas Diperbuat Daripada Kayu Pallet Terbuang

Salam.nak share kerja terbengkalai bertahun tahun saya buat meja makan dari kayu pallet terbuang. Saya siapkan terus la meja makan ni dah alang2 PKP extend.

Dah nak buruk dah condition meja ni terpaksa kertas pasir balik. Dah bertahun saya tengok kondisi asal kayu pine ni. Dulu sayang sebenarnya nak syelek tapi bila syelek dia akan jadi kekuningan.

Now dh berani nk syelek. Kaki tu sepatutnya nak cat hitam tapi dah abih. Saya sealer dulu warna putih. Ni lah rupanya dari kayu pine yang saya kutip di kedai2 /kilang. Nasib dapat condition kayu agak cantik. Siap jugak akhirnya.

*gambar pembikinan dari awal takde sebab saya buat tahun 2015 ,2020 baru nk sambung balik .hehe

Bahan-Bahan Yang Diperlukan Untuk Lakukan DIY Ini

Proses Untuk Melakukan DIY Ini

Inilah dia koleksi kayu pallet yang saya ambik ini. Nasib semua ni dalam keadaan okay lagi.

DIY Meja Makan

Untuk bahagian ini saya sambungkan meggunakan L bracket dan skru kan agar ia lebih kemas.

Proses melicinkan permukaan meja makan ini.

DIY Meja Makan

Dah siap licinkan permukaan tersebut sekarang boleh lah kita syelek-syelek pada permukaan ini.

DIY Meja Makan

Beralih kepada bahagian kaki pula. Kalau nak jadikan ia lebih kukuh boleh tambahkan satu kayu support ditengah.

DIY Meja Makan
DIY Meja Makan

Last sekali, nak bagi nampak cantik, boleh ambik mana-mana cat dan catkan pada kayu tersebut.

Alhamdulillah, inilah dia hasil akhir DIY meja makan yang dilakukan oleh saya ini.

DIY Meja Makan

Sumber : Fadhli

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down