Cara Buat "Accent Wall DIY" Murah Dan Simple

11,565 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Idea ini sesuai untuk anda yang sudah lama mengidam mahu ubah suai satu sudut rumah supaya kelihatan lebih menarik. Kos bahan yang digunakan tidaklah sampai beribu-ribu ringgit. Ada rm300 dalam poket, dah boleh buat dah. Perkongsian kali ini adalah mengenai cara buat "accent wall diy" murah dan simple.

Jom ikuti perkongsian oleh Emelia Md Ali yang telah berkongsikan caranya membuat accent wall diy, memang cantik hasil kejadiannya. 

Cara Buat "Accent Wall DIY" :

 

Alhamdulilah dapat siapkan accent wall di rumah sendiri. Sebelum ni ngeces jer tengok kat wall fb orang punye. Kos murah jer. Kesabaran yang tinggi nilainya. Tak sabar boleh melayang kayu spin kat mane-mane.

Bahan-bahan:

 

  1. Kayu Spin. Ni saya guna saiz lebar 3inci. Panjang kayu ikut dinding masing2. Saya ambil panjang 10kaki. Cari yang 2inci habis. Mula2 ingat tak cantik. Bila dah jadi cantik plak. Saya beli 15batang. Ngam2 (Rm7.00x15 batang=RM105)
  2. Sealant wood. Ni untuk lekatkan kayu pada dinding. Saya beli 2 botol ngam. (Rm11.00x2 botol=RM22)
  3. Silikon sealant. Ni utk tutup rongga2 kayu yang tak berapa lekat kt dinding. Fungsi untuk lebih kemas Warna putih isi dalam ye. Saya guna 2 botol. (RM7. 00x2 botol =RM14)
  4. Kertas pasir secukupnya.
  5. Tape secukupnya, untuk mudahkan kerja.
  6. Gergaji. Saya guna gran je, cepat sikit.
  7. Cat. Saya guna jenama nippon satin 2 liter cukup kalau dinding seconet macam ni.
  8. Sebakul kesabaran, ni maaf takde jual kat hardware.

Design mengikut citarasa masing-masing. Saya ceduk di fb jer... Tq tuan yang sudi share idea. Hanya Allah yang dapat membalas.

Projek ni saya ambil masa 3 hari, tapi ikut pada dinding korang dan kesabaran korang. Hari pertama ahad minggu lepas... Berhenti seminggu en somi kerja Sambung hari ke2 ahad dan hari ke 3 Isnin.... Alhamdulilah.... Selesai.

Hari 1: buat frame

Design ikut kreativiti

Proses pemasangan

Siap pasang

 

Kemasan dengan silikon sealantProses mengecat


Siap

Semoga bermanfaat!

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down