Memiliki rumah yang cantik sudah pasti menjadi impian buat semua orang. Jika mahu menjadikan rumah kelihatan wow dan menarik, sudah pasti perlu mengeluarkan kos dan modal yang agak tinggi.
Sekiranya mengupah pakar, kos yang perlu dikeluarkan sudah pasti mampu mencecah 2 kali ganda. Jadi, bagi menghasilkan dekorasi dengan cara jimat. Apa kata hasilkannya sendiri sahaja dengan cara DIY.
Itulah yang dilakukan oleh wanita ini yang bernama Azie Azilahdaud. Disebabkan mahu menghasilkan deco pada dinding rumah dengan penjimatan yang maksima, beliau telah melakukan DIY pemasangan wainscoting secara sendiri sahaja.
Bagi mengetahui dengan lebih lanjut, jom kita ikuti di bawah ini.
Untuk yang giler deco, tapi bajet ciput macam saya ni boleh DIY je. Jimat dan berbaloi - baloi tapi hasilnya macam bermodalkan harga ribuan ringgit.
Apabila banyak sangat masa tengok dinding, dinding sendiri pula kosong dan sendu je.
Riki punya riki jumpa yang jual wainscoting sudah siap dipotong, senang yang teramat. Tak payah risau rumah berhabuk, tak perlu risau tak ada tools, tak perlu risau tak ada masa sebab apabila sudah siap potong ni memang tinggal setkan ukuran dan tampal sahaja.
Boleh guna alat timbang air beli dekat Mr.DIY je nak bagi nampak lurus, tapi kalau mata memang teliti, tak perlu guna pun tak apa timbang air.
Bahagian dinding sebelum ubahsuai dilakukan.
Proses-proses ubahsuai mula dilakukan.
Bingkai wainscoting selesai dipasang.
Keadaan dinding ruang tamu ini setelah berjaya diubahsuai. Sangat cantik dan kelihatan lebih menarik.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco mengenai projek DIY yang dilakukan pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.