Rumah adalah syurga buat kita dan keluarga, walaupun rumah yang kita huni itu kelihatan lusuh dan tidak besar seperti orang lain, ia tidak bermakna harus dibiarkan kekal usang sebegitu.
Sebagai penghuni rumah, apa kata cuba berikan satu nafas baru kepada rumah tersebut supaya ia kembali kelihatan menarik. Itulah yang dilakukan oleh wanita ini yang bernama Sha Noraishah Md Noor. Beliau telah berkongsi cara deko bilik kecil guna vinyl floor dan wainscoting.
Jadi, jom sama-sama kita ikuti dengan lebih lanjut di bawah ini.
Deco bajet simple untuk bilik kecil kami.
Ketika ini beliau sedang cuba untuk mencabut lantai parkir sebelum pemasangan lantai vinyl dilakukan.
Lantai bilik ini setelah parkir selesai dicabut kesemuanya.
Langkah seterusnya pula adalah dengan melakukan pemasangan lantai vinyl.
Pemasangan lantai vinyl tidaklah begitu sukar, tetapi ia memerlukan ketelitian supaya ianya tidak tersalah pasang.
Pemasangan vinyl sudah hampir siap dilakukan.
Keadaan lantai rumah setelah siap dipasang lantai vinyl.
Bahagian dinding bilik ini sebelum digayakan dengan konsep wainscoting.
Proses pemasangan wainscoting mula dilakukan.
Bingkai wainscoting selesai dipasang. Ia perlu dilekatkan dengan menggunakan tape supaya ianya tidak jatuh.
Kemudian, bingkai wainscoting tersebut dicat dengan cat putih.
Proses mengecat diteruskan lagi.
Dinding wainscoting tersebut setelah selesai dicat.
Inilah hasil kawasan dinding dan lantai bilik tidur ini setelah selesai diubahsuai. Untuk pengiraan keseluruhan bajet yang dikeluarkan pula, ia dianggarkan lebih kurang RM400.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga ianya bermanfaat buat semua pembaca di luar sana. Selamat mencuba.