DIY Wainscoting "Diamond Mirror" Yang Lawa & Cantik

8,742 views
Langgan channel Telegram Giler Deco untuk trend deko terkini & informasi hiasan dalaman yang menarik.
Giler Deco

Musim perayaan ini kebanyakkan ramai orang berada dirumahkan? Disebabkan dengan perintah kawalan pergerakkan (PKP) ini menyebabkan kita tidak boleh ziarah-menziarahi. Jadi, ini masanya untuk kita melakukan DIY dirumah kita.

Macam yang dilakukan oleh wanita bernama Zaujie Zaujati ini, beliau mengisi masa lapang Hari Raya beliau dengan melakukan DIY wainscoting "Diamond Mirror" yang viral ketika ini. Hikmah apabila beraya didalam suasana PKP.

Kesemua DIY tersebut beliau hanya melakukan diri sendiri sahaja kerana untuk mengupah orang membuat namun bajet pula tiada. Jom kita tengok apa bahan yang diperlukan, cara untuk membuat dan hasil selepas beliau DIY wainscoting Diamond Mirror.

DIY Wainscoting Diamond Mirror Yang Viral Dengan Bajet Rendah

Alhamdulillah Hikmah raya pkp. Akhirnya siap juga diamond mirror & wainscoting idaman hati. Kita buat sendiri je sbb tiada bajet nak upah orang   Siapa cakap orang perempuan tak boleh buat Kita superwomen, InshaAllah semua benda boleh buat asalkan ada TEKAD

DIY Wainscoting Diamond Mirror

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN :-

  • Masking Tape
  • Wainscoting
  • Silicone Set & caulking gun
  • Gergaji wainscoting
  • Double tape cermin
  • Cermin
DIY Wainscoting Diamond Mirror

Cara Untuk DIY Wainscoting "Diamond Mirror"

1. Susunkan dahulu cermin tersebut

DIY Wainscoting Diamond Mirror

2. Potongkan frame cermin

3. Lepas tu, lakukan satu ruangan untuk meletakkan susunan cermin tersebut. Macam saya lakukan ini, saya dah tanda dah bahagian untuk saya letakkan cermin tersebut.

4. Kemudiannya, susunkan cerming tersebut satu per satu sampai memenuhi ruangan tersebut.

5. Susunkan lagi. Nampak dah tu proses untuk cantik. Hehehe

DIY Wainscoting Diamond Mirror

6. Tadaaa! Beginilah hasilnya selepas susunan cermin dilakukan. Jom kita beralih kepada wainscoting dan mengecat pula.

7. Proses mengecat dilakukan

DIY Wainscoting Diamond Mirror

8. Selepas itu pula, potong pula kayu wainscoting dan catkan dengan warna yang disukai.

DIY Wainscoting Diamond Mirror

9. Proses memasang wainscoting

DIY Wainscoting Diamond Mirror

10. Alhamdulillah, siap juga wainscoting idaman hati ini.

DIY Wainscoting Diamond Mirror

Hasil Akhir Wainscoting "Diamond Mirror"

Alhamdulillah, inilah dia hasil akhir wainscoting diamond mirror yang diinginkan selama ini. Sangat puas hati dengan diri sendiri. Diy sahaja kerana sangat mudah dan senang.

DIY Wainscoting Diamond Mirror
DIY Wainscoting Diamond Mirror
DIY Wainscoting Diamond Mirror

Sumber : Zaujie Zaujati

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down