Cara DIY Awning Dalam Masa 4 Hari

16,628 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Jika perasan, kebanyakan rumah di Malaysia memang tidak mempunyai awning yang dibina penuh untuk melindungi ruang hadapan rumah dari terkena cahaya matahari yang berpanjangan dan tempias sewaktu hujan.

Disebabkan ketiadaan awning pada rumah yang dibeli secara siap, ramai pemilik rumah memilih untuk mengupah pakar dalam menghasilkan bumbung tambahan bagi menjadikan kawasan halaman rumah teduh dari cuaca panas atau hujan.

Namun, jika pandai bertukang, bolehlah cuba untuk hasilkan sendiri. Sumber rujukan cara DIY awning juga boleh dicari di Youtube sahaja. Perkara tersebut telah dilakukan oleh pemuda ini yang bernama Zainal Zaibani.

Berbekalkan sedikit pengalaman bertukang yang dimilikinya, beliau telah berjaya menghasilkan DIY awning rumah dengan kreativiti tersendiri. Jadi, jom sama-sama kita ikuti dengan lebih lanjut di bawah ini.

Apa Itu Awning Rumah?

Sebelum kita teruskan dengan aktivit pemasangan awning ini, kita kenali dahulu apa itu awning?

Awning rumah boleh didefinisikan sebagai bumbung atau atap tambahan pada kawasan rumah yang berfungsi sebagai teduhan bagi melindungi kawasan rumah daripada haba cahaya matahari atau basah tempias air akibat hujan.

Cara DIY Awning Sepantas 4 Hari

Alhamdulillah siap projek DIY awning sendiri. Buat waktu-waktu ada masa lapang sahaja.

Nak tempah tak cukup duit. Ada sedikit pengalaman dan skill kita cuba la buat sendiri. Akhirnya siap.

Besi yang digunakan.

Cara DIY Awning

Proses welding besi dilakukan.

Cara DIY Awning

Besi awning setelah siap diwelding dan dicat. Proses akhir pula adalah pasangkan pada bahagian berkenaan.

Cara DIY Awning

Kerangka bumbung setelah dipasang.

cara diy awning
Cara DIY Awning
Cara DIY Awning
Cara DIY Awning

Hasil akhir setelah awning siap dipasang sepenuhnya. Cukup cantik dan kelihatan sangat mewah.

Cara DIY Awning

Menurut beliau, kos yang dikeluarkan untuk memiliki awning sebegini sekitar RM1K sahaja. Jika mengupah orang, sudah pasti kosnya berbeza dan lebih mahal. Bahagian bumbung yang digunakan adalah jenis ACP.

cara diy awning

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga dapat memberi sumber idea dan inspirasi dalam menghasilkan awning secara DIY. Selamat mencuba.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down