Projek Bina Tembok Dinding Rumah Menggunakan Batu Kuari

9,269 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Selalunya kalau bab-bab dinding rumah ni ramai yang asyik menggunakan shera plank atau juga batu bata yang biasa tu. Pernah atau tidak anda melihat dinding atau tembok rumah dilakukan selain daripada kayu biasa? Ianya dilakukan menggunakan batu kuari yang jarang kita lihat.

Melalui posting facebook Doyeng Panda didalam grup facebook Tukang Apa Hari Ini, beliu berkongsikan projek diy bina tembok dinding dengan meggunakan batu kuari. Nampak macam susahkan? Namun, ini adalah hasil first time beliau melakukannya.

Bila tengok kepada hasil akhir projek bina tembok dinding menggunakan batu kuari ini, memang sangat cantik sangat. Nak lihat bagaimana rupa hasil akhir dan cara beliau melakukan diy ini? Jom lihat artikel ini dari awal sampai habis.

DIY Projek Bina Tembok Dinding Rumah Menggunakan Batu Kuari. Hasil Akhir Nampak Cantik

Salam, hasil 4 bulan buat sorang-sorang, buat time cuti sabtu ahad n petang lepas balik keje. Saiz pagar/tembok ini adalah 35'x6'x1'.

Kos bahan tidak termasuk batu = +-rm2.3k (beli sikit2)

Kos batu kuari saiz 6x9 = hardware rm33/tan minima 20tan (saya tak ambil 20 tan sebab akan banyak lebih, jenuh nak buang nanti) kena rajin cari lori 3/5tan jd kos mahal sikit.

Cara-Cara Untuk Melakukan Projek Bina Tembok Dinding Ini

Masa ni baru nak buat beam. Belajar buat beam pun daripada youtube.

Welding tiang dulu untuk jadikan sebagai tiang tembok.

Bina Tembok Dinding

Tiang yang sudah di welding kini diletakkan pada tembok.

Bina Tembok Dinding
Bina Tembok Dinding

Ikatkan bata kiri dan kanan, siap pasang brc.

Bina Tembok Dinding

Batu yang sampai dapat banyak kecik2. Jenuh nak menyusun semua ni.

Besi R6 penahan supaya brc tak kembung. Slow2 masukkan batu dalam besi tersebut.

Hasil Akhir DIY Tembok Dinding Batu Kuari Ini

Alhamdulillah, siap juga akhirnya tembok dinding yang menggunakan batu kuari ini. Jenuh yang menyusun dari awal sampai habis namun lepas tengok hasil akhir terus rasa bangga dengan diri sendiri.

Bina Tembok Dinding
Bina Tembok Dinding

Tambahan ada brc lebih dan batu lebih FOC untuk isteri.

Kredit : Doyeng Panda

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down