Cara DIY Dinding Ruang Makan Guna Konsep Dinding Shiplap

14,134 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Ruang makan adalah salah satu ruang yang sering digunakan oleh kita dan keluarga untuk menjamu selera. Dengan memiliki ruang makan yang cantik dan selesa, setidaknya dapat memberikan keselesaan ketika menikmati santapan bersama keluarga.

Perkongsian pada kali ini adalah dari seorang isteri dan juga suri rumah yang bernama Julia Othman. Beliau telah berkongsi deco ruang makan miliknya serta menunjukkan juga cara melakukan DIY dinding ruang makan dengan menggunakan shiplap.

Jom sama-sama kita ikuti projek deco DIY yang sangat kreatif dihasilkan ini.

Cara DIY Dinding Ruang Makan Guna Konsep Dinding Shiplap

Sebelum dan selepas.

Projek dinding shiplap bahagian ruang makan. Sebelum dan selepas tukar decor ruang dinding dari macam ini jadi macam itu. Sayang sangat-sangat nak hilangkan hijau itu sebab warna kegemaran tetapi sebab sudah lama kan?

Sedangkan manusia pun berubah ini kan pulak dinding rumah.

Keadaan ruang dinding sebelum diubahsuai.

Cara DIY Dinding Ruang Makan

Kesemua hiasan lama pada dinding itu dikosongkan terlebih dahulu.

Cara DIY Dinding Ruang Makan

Kemudian, untuk menghasilkan deco dinding yang kreatif dan menarik. Caranya cukup mudah, hanya perlu membeli kayu shiplap atau dipanggil kayu mdf (MDF Board).

Boleh beli di Shopee juga kayu shiplap (MDF Board) : https://shope.ee/5pYDaqe5HE

Cara DIY Dinding Ruang Makan

Keadaan ruang makan setelah proses ubahsuai selesai dilakukan.

Cara DIY Dinding Ruang Makan

Hasil ubahsuai secara DIY dinding ruang makan dari sudut pandangan hadapan.

Cara DIY Dinding Ruang Makan

Gambar lain sudut ruang makan tersebut setelah selesai diubahsuai dengan jayanya.

Cara DIY Dinding Ruang Makan

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu pembaca di luar sana dalam mencari idea dan inspirasi untuk melakukan deco dengan cara tersendiri.

Semoga dapat memberi manfaat kepada semua. Selamat mendeko.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down