Cara DIY Kabinet Bawah Sinki Terbuka Jadi Kabinet Dapur Tertutup

816 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Kabinet bawah sinki terbuka memang agak sakit mata apabila dipandang. Hal ini kerana, barangan yang disimpan di bawah itu sentiasa kelihatan apabila kita masuk ke dapur.

Jadi, bagi menjadikan bahagian ruang sinki itu kelihatan lebih kemas. Paling mudah, ianya boleh ditutup dengan kain langsir. Namun, sekiranya mahu ia kelihatan lebih menarik dan wow, pemasangan pintu kabinet perlu dilakukan.

Itulah yang dilakukan oleh wanita ini yang bernama Nurul Aliffah. Beliau telah berjaya melakukan pemasangan pintu secara DIY sahaja dengan berbekalkan modal yang cukup jimat.

Jom ikuti dengan lebih lanjut di bawah ini.

Cara DIY Kabinet Bawah Sinki Terbuka

Hi assalammualaikum.

Hari ini nak kongsi sedikit DIY kabinet dapur. Sebelum ini ada perasan dekat satu page itu DIY cabinet dapur tak sampai RM300 pun.

Jadi, kami pun cubalah mencongak-congak nak buat cabinet dapur DIY jugak dan Alhamdullilah bajet kami tak sampai RM230 pun.

Ini ketika mula-mula tengah mengukur sebelum nak buat frame.

Cara DIY Kabinet Bawah Sinki Terbuka Jadi Kabinet Dapur Tertutup

Ini pula setelah siap potong. Tetapi, masih tak ikat lagi. Tengah adjust kayu panjang pendek.

Cara DIY Kabinet Bawah Sinki Terbuka Jadi Kabinet Dapur Tertutup

Pada ketika ini, proses mengikat kayu jadi frame dilakukan. Beliau hanya pakai kayu atas sahaja. Kalau pakai kayu bawah susah nanti nak masuk dan keluarkan barang berat, kena angkat sebab terhalang dengan kayu.

Cara DIY Kabinet Bawah Sinki Terbuka Jadi Kabinet Dapur Tertutup

Inilah pintu yang akan dipasang. Beliau order siap-siap ukur 4 pintu ( luar sudah siap dengan color putih ). Harga 4 pintu RM150 sahaja.

Cara DIY Kabinet Bawah Sinki Terbuka Jadi Kabinet Dapur Tertutup

Pemasangan ensel dilakukan. Mudah untuk adjust pintu itu nanti.

Cara DIY Kabinet Bawah Sinki Terbuka Jadi Kabinet Dapur Tertutup
Cara DIY Kabinet Bawah Sinki Terbuka Jadi Kabinet Dapur Tertutup

Beginilah rupa kabinet ini setelah selesai dipasang. Namun, tempat tarik pintu belum dipasang dan kayu dalam juga belum dicat putih.

Cara DIY Kabinet Bawah Sinki Terbuka Jadi Kabinet Dapur Tertutup

Projek ini hanya mengambil masa selama 4 jam lebih sahaja.

Cara DIY Kabinet Bawah Sinki Terbuka Jadi Kabinet Dapur Tertutup

Di bawah ini bil barang yang dibeli RM76 sahaja.

Setakat itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down