Projek Memasang Rumput Karpet Pada Bahagian Rumah

3,848 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Bahagian laman rumah merupakan titik utama untuk tetamu ataupun jiran melihat rumah kita samaada cantik ataupun tidak. Sebab itu pentingnya untuk kita menjaga kawasan sekeliling rumah kita ini. Macam yang dilakukan oleh Fieza Hussein SyaQist, beliau telah berkongsikan beliau mencantikkan lagi kawasan bahagian rumah beliau dengan memasang rumput karpet.

Projek tersebut telah dilakukan sebab malas nak fikir bab nak potong rumput dan selalu rimas bila rumput akan menjadi panjang. Sebab itu beliau bercadang untuk letakkan artificial grass jer. Jom kita tengok bagaimana projek ini dilakukan oleh beliau.

Projek Memasang Rumput Karpet Pada Bahagian Laman Rumah Agar Nampak Lebih Cantik

Alhamdulillah setel projek nak pasang sendiri artificial grass dekat rumah. Sebabkan malas nak pikir bab nak potong rumput & lalang panjang, rumah semak menggangu jiran sebelah, so kitorang decide nak pasang artificial grass je.

Laman Hadapan Dan Rumah Sebelum Memasang Rumput Karpet

Binilah keadaan bahagian laman hadapan dan juga belakang rumah saya ni. Rasa dah bosan dah sebab asyik-asyik rumput akan naik panjang lepastu kena potong sendiri. Kadang-kadang sakit belakang apabila mencabut sendiri.

Gambar kedua-dua laman ini adalah gambar waktu kami dah cabut semua rumput dan biarkan ia begitu sebelum aktiviti memasang rumput karpet ini dilakukan.

Hasil Akhir Selepas Projek Memasang Rumput Karpet ini Dilakukan

Selepas berhempas pulas melakukan aktiviti memasang rumput karpet ini dengan si suami. Akhir siap juga projek kami sekeluarga ini. Projek simple jer namun lepasni saya tak perlu dah memikirkan tentang masalah rumput panjang.

Untuk rumput karpet ini, saya beli di Shopee jer. Banyak pilihan dan juga jenis rumput untuk anda semua pilih. Daripada ketebalan sehinggalah saiz juga anda boleh pilih. Saya beli rumput karpet ini dengan ketebalan 25mm.

Ni saya bagi link. Korang boleh lah cuba survey mana yang berkenan. Mana tau korang juga nak lakukan projek pasang rumput karpet pada bahagian rumah korang.

Projek Memasang Rumput Karpet
Projek Memasang Rumput Karpet
Projek Memasang Rumput Karpet
Projek Memasang Rumput Karpet

Sumber : Fieza Hussein SyaQist

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down