Cara DIY Kabinet Dapur Hanya 2 Minggu

1,373 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Siapa cakap nak buat kabinet dapur ni memakan masa yang agak lama dan juga kos yang agak mahal untuk buat kabinet dapur ini. Sebenarnya anda boleh buat benda ni tak sampai 2 minggu pun. Kerajinan turut memainkan faktor yang penting untuk menyiapkan kabinet dapur ini. Buat makluman anda seorang wanita ini, Puan Nasibah Ramly yang telah berjaya menyiapkan kabinet dapur yang hanya menggunakan bajet sebanyak RM250 dan mengambil masa selama 2 minggu sahaja. Wah, untuk sepasang kabinet yang hanya memakan masa 2 minggu sahaja, sungguh tidak percaya sekiranya anda melihat hasil akhirnya. Perkongsian kali ini adalah mengenai cara diy kabinet dapur hanya 2 minggu.

Jom kita ikuti perkongsian daripada beliau.

Cara DIY Kabinet Dapur Yang Simple :

Kat sini saya nak share cara-cara diy kabinet dapur oleh suami Mat'in Ali. Ramai yang pm tanya, memang kami tak ambik tempahan pun. Buat sekadar suka-suka dan untuk rumah sendiri sahaja, minta maaf banyak-banyak. Mana-mana yang ada masa dan kurang bajet untuk tempah kabinet dapur macam kami ini. Boleh try buat sendiri ikut selera masing-masing. Saya just share macamana nak bagi pintu kabinet itu jadi berkilat macam yang tempah itu sahaja, sebab saya tahu, semua lelaki pandai bertukang. Cuma ada masa dan tak ada masa sahaja kan?
TOTAL COST (beli barang2 shj seperti kayu 1x2,kayu bingkai(halus),plywood,cat,skincoat,undercoat,skru,paku,magnet,engsel) : RM250
TEMPOH : 2 minggu siap (suami ada masa malam, pagi sebelum pergi kerja & hari cuti jumaat utk siapkan)
Mat'in Ali

Berikut Cara-Cara nak buat Kabinet Dapur ini

Gambar di bawah merupakan gambar sebelum proses pembuatan rangka kabinet dapur.

1. Mula2 sekali buat kerangka menggunakan kayu 1x2.dinding tu tampal dgn plywood nipis kiri kanan. Rak ujung tu, lantai lapik dgn plywood tebal

2. Untuk pintu kabinet, buat frame dulu. Lepas tu tampal plywood nipis belah belakang depan. Yg bingkai depan tu guna kayu halus, rm1 sebatang utk hiasan..

3. Ni kayu 1x2 utk wt kerangka & frame pintu dan kayu halus utk bikar rm1 je sebatang.

4. Dah siap buat pintu, try la pasang dulu utk tgk ukuran padan ke tak.. Mane2 nk tukar, tukar mase ni la.. Lepas tu pasang engsel & magnet terus siap2 .

5. Yang ni step utk mengecat.

6. Skincoat dulu utk tutup lubang2 kayu, jemur sampai kering pastu gosok dgn kertas pasir sampai licin semua sekali..

7. Cat undercoat, jemur sampai kering pastu gosok dgn kertas pasir sampai licin semua sekali..

8. Cat color. Ni kod color purple kabinet sy. Dah siap cat, keringkn & boleh pasang. Siap. Selamat mencuba

Dah siap kemas pun.

Lepas dah siap renovate kabinet dapur ni, anda boleh laa letak perkakas dapur anda di dalam kabinet dapur tersebutt. Harap perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down