DIY Bingkai Gantung Kuali Tanpa Mengeluarkan Duit

34,944 views
Langgan channel Telegram Giler Deco untuk trend deko terkini & informasi hiasan dalaman yang menarik.
Giler Deco

Inginkan sebuah bingkai untuk gantung kuali namun duit menjadi penghalang? Apa kata DIY sahaja bingkai gantung kuali ini kerana caranya mudah sahaja dan tidak perlu mengeluarkan duit pun macam yang dikatakan oleh Norrul Izani ini.

Beliau telah berkongsikan bagaimana dan bahan diperlukan untuk melakukan sebuah diy bingkai untuk dijadikan tempat gantung kuali. Beliau berkongsikan hasil beliau didalam sebuah grup Facebook Kelab Kaki DIY. Hasilnya sangat mengujakan semua ahli grup tersebut.

Jom kita melihat cara dan hasil akhir diy bingkai tersebut yang dilakukan oleh beliau ini. Mungkin DIY ini dapat memberikan anda sedikit idea untuk melakukan rak khas menggantung kuali.

Idea Untuk Melakukan DIY Bingkai Gantung Kuali Tanpa Keluarkan Duit

DIY tempat gantung

Kuali, pan, senduk, sodek, botol susu dan tempat letak botol2 sos masakan tanpa keluar duit.

Hanya guna apa yg ada. Saya ni memang suka simpan benda2 yang saya pikir berguna sebab saya tahu, nanti mesti akan ada idea untuk dijadikan sesuatu.

Sebelum ni gantung je kat grill tingkap dapur asal boleh sangkut je tapi tu lah. Semakk jer. Buat rak macam ni, baru la sedap mata memandang.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan Untuk Lakukan DIY Ini

Langkah-Langkah Dalam Melakukan DIY Bingkai Kuali Ini

Lipat BRC ikut saiz yang anda suka. Yang tajam2 tu lipat guna playar. Jangan potong, nanti tajam takut luka tangan.

DIY Bingkai Gantung Kuali

Ni bahagian yang kena lipat.

Gunakan buluh sebagai tulang untuk menguatkan struktur binaan. Guna cable tie saja untuk ikat dan kemaskan.

DIY Bingkai Gantung Kuali

Contoh cara buat bingkai dan ikat bagi kemas. Kemudian, potong buluh lebih tu ikut saiz yang kita nak.

Selepas cat, jemur bagi kering dulu. Lepas tu boleh lah drill bahagian mana yang kita nak dan ukur ikut kesesuaian. Boar sesuai dengan tinggi tukang masak, kalau tinggi sangat takut nak kena panjat pulak nak ambik kuali.

Gantung atas sinki sebab nanti lepas cuci terus sangkut, air yang menitik tak risau sebab terus jatuh dalam sinki.

DIY Bingkai Gantung Kuali

Tempat letak botol sos masakan. Ikut kesesuaian tempat lah. Yang penting, senang nak capai masa nak masak.

DIY Bingkai Gantung Kuali

Sumber : Norrul Izani

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Untuk save post, klik LOVE & simpan di profil anda untuk rujukan masa hadapan.
Diterbitkan pada
Februari 16, 2022
Dikemaskini pada
Mei 23, 2022
Topik

Deko Raya 
Bersama Giler Deco

Raya tahun ni pasti meriah tanpa PKP. Pastikan rumah anda tip top dengan inspirasi deko rumah sempena raya di Giler Deco
Dapatkan Inspirasi Raya Anda

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down