DIY Katil Menggunakan Meja Lama Untuk Menyambut Kelahiran Cahaya Mata Pertama

Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Setiap pasangan yang dah berkahwin tentu sudah teruja untuk menyambut kelahiran cahaya mata mereka yang pertama. Selepas tahu mengandung, terus pergi beli barang-barang bayi, kan? Tetapi, kalau ada barang-barang yang terpakai atau orang bagi, tak salah kalau kita guna untuk elakkan pembaziran. 

Seperti yang dilakukan oleh seorang bakal ayah iaitu Mohammad Dzulsyafiq, di mana beliau telah mengubah suai barang terpakai iaitu meja lama yang sudah tidak guna menjadi sebuah katil untuk bakal anaknya.

Jom kita lihat ubah suai meja lama kepada katil yang cantik dan kukuh yang dikongsikan oleh beliau.

DIY Katil Menggunakan Meja Lama Untuk Sambut Kelahiran Cahaya Mata

Sebelum Ubahsuai

DIY Katil Menggunakan Meja Lama

Meja jepun ni wife dah tak nak. Dia suruh jual meja lama ni. Tapi nak jual pun berapa je boleh dapat. Tapi dalam masa yg sama dia suruh extend katil sebab tak lama lagi bakal dapat anak yg baru.

Proses Ubahsuai

DIY Katil Menggunakan Meja Lama

Jadi kita convert je meja ni jadi platform katil single. Sebelah tu katil king. Mula2 cabut atas dia dulu and letak rangka dia ni sebelah katil. Nak tgk apa yang kena modified.

DIY Katil Menggunakan Meja Lama

Dah ambik ukuran semua. Saya extendkan panjang katil lebih kurang dan tambah sikit2 support mana yang perlu.

DIY Katil Menggunakan Meja Lama

Top asal meja tu saya potong dan letak balik renggang2 supaya boleh cover panjang katil ni.

Selepas Ubahsuai

DIY Katil Menggunakan Meja Lama

Then letak tilam single. Semua nampak ngam.

Last sekali, wife cakap nak nampak seragam. Jadi saya ambil plywood dan tampal dekat kaki katil tu. Then saya lekatkan laminate putih(kebetulan ada sebab beli konon2 nak belajar laminate kayu tapi tak sentuh-sentuh). Maka siaplah, dan ready untuk kedatangan ahli keluarga yang baru.

Sangat kreatif, kan? Tak perlu keluarkan duit dah nak beli katil baru untuk baby. Katil ini pun nampak besar dan dekat dengan katil ibu ayah. Kalau baby menangis tengah malam, tak perlu susah-susah nak bangun ambil. 

Giler Deco sangat kagum atas usaha bakal ayah ini menggunakan barang terpakai untuk jadikan sesuatu yang baru untuk anaknya. Semoga perkongsian kali ini dapat memberi idea kepada ayah-ayah di luar sana.

Semoga bermanfaat!


Kredit : Mohammad Dzulsyafiq

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down