Cara DIY Langsir Divider Guna Gelas Plastik Jimat Dan Mudah

2,531 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Pernahkah anda alami masalah apabila pasang langsir eyelet susunan gelembungnya tidak sekata? Masalah ini sudah menjadi kebiasaan apabila menggunakan langsir jenis ini.

Pemasangan langsir eyelet tidak semudah yang disangkakan kerana kadang-kadang akan ada bahagian yang tidak mengikut susunan yang kita inginkan.

Perkongsian pada kali ini dari warganet Facebook yang bernama Lia Johari. Beliau telah berkongsi cara tangani masalah gelembung tidak sekata ini.

Jadi, jom kita sama-sama saksikan perkongsian dengan lebih lanjut di bawah ini.

Cara DIY Langsir Divider Dengan Mudah

1. Belah dua cup dan potong bawah cup bentuk bulat untuk muat masuk dalam rod langsir.
2. Kemudian letakkan cup pada rod langsir di setiap bahagian gelembung kain langsir (sebelah dalam)

Untuk cara seterusnya boleh ikut seperti yang disediakan di dalam gambar dibawah satu persatu.

Langkah 1:

Guna plastik cup seperti dalam gambar dibawah

Cara DIY Langsir Divider

Langkah 2:

Belah dua cup guna gunting kemudian potong bulat bahagian bawah cup. Hasilnya seperti gambar di bawah ini.

Cara DIY Langsir Divider

Langkah 3:

Masukkan pada curtain rod mengikut gelembung kain langsir rumah anda. Caranya memang senang dan tidak begitu sukar. Hanya perlu ikut langkah-langkah yang telah disediakan sahaja.

Cara DIY Langsir Divider

Langkah 4:

Dan inilah hasilnya. Mudah bukan untuk lakukan DIY langsir divider seperti ini.

Anda juga tidak perlu mengeluarkan bajet yang agak besar bagi penghasilan DIY seperti ini. Anda hanya perlu guna barangan terpakai sahaja dan siap. Selamat mencuba dirumah.

Cara DIY Langsir Divider

Itu sahaja perkongsian untuk dari Giler Deco untuk hari ini. Diharap perkongsian ini dapat membantu pembaca di luar sana dalam mencari jalan penyelesaian dalam mengatasi masalah langsir seperti ini.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down