Deco rumah dengan konsep dan gaya mirror wainscoting atau dikenali sebagai wainscoting cermin pada dinding adalah menjadi trend terkini. Tidak hairanlah kalau ramai pemilik rumah di kalangan anda semua mula menerapkan gaya seperti ini dirumah masing-masing. Perkongsian pada kali ini adalah dari seorang wanita yang bernama Azah Love. Perkongsiannya adalah mengenai cara diy "mirror wainscoting" guna cermin kedai eco.
Jom ikuti perkongsian menarik yang ingin dikongsikan ini.
Sebelum dan selepas.Cermin kedai rm2.10 sahaja.Tampal-tampal tapi tak sempurna mana.Dapat letak kayu wainscoting baru cantik.Tak apa, boleh rentas negeri, kita balik, kita ubah lagi ya.
Keadaan rumah setelah tukar cat. Konsep yang digunakan adalah bertemakan warna biru dan putih sahaja.
Ini adalah keadaan dinding setelah cermin selesai di tampal. Nampak lebih menarik bukan dari cermin kosong?
Ini adalah hasil yang telah siap. Cermin rm2.10 sahaja. Bunga pun rm2 sahaja sebatang ada 5 kuntum. Itu sudah cukup bagi mencantikkan rumah kediaman dengan hiasan bunga.