Cara Mudah DIY Mirror Wainscoting Guna Kayu Bingkai

4,343 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Memiliki bakat yang terpendam dalam bidang pertukangan pada ketika ini merupakan satu kelebihan buat diri kita. Hal ini kerana, pada masa kini, penghasilkan deco rumah secara DIY sudah menjadi kebiasaan dan sering dilakukan oleh pemilik rumah diluar sana.

Perkara tersebut turut dilakukan oleh lelaki ini yang bernama Mohd Zakaria. Selain dari berkongsi hasil dekorasi yang dilakukan pada bahagian dinding, beliau juga menunjukkan cara mudah DIY mirror wainscoting guna kayu bingkai.

Penggunaan wainscoting cermin biasanya sering dilakukan pada bahagian ruang tamu rumah. Ia bertujuan untuk menjadikan ruang tamu tersebut lebih kelihatan menarik dan ceria.

Jadi, jom sama-sama kita ikuti dengan lebih lanjut di bawah ini.

Cara Mudah DIY Mirror Wainscoting Guna Kayu Bingkai

Langkah pertama:

Ukur bingkai kayu sebelum dipotong mengikut bentuk yang diinginkan.

Diy mirror wainscoting

Langkah kedua:

Kayu dipotong serong untuk dijadikan bentuk bingkai.

DIY Mirror Wainscoting

Langkah ketiga:

Kayu yang dipotong tadi dicantumkan membentuk frame.

DIY Mirror Wainscoting
DIY Mirror Wainscoting

Bingkai yang dicantumkan itu dilekatkan dengan menggunakan stapler gun.

DIY Mirror Wainscoting

Bingkai kayu selesai dicantumkan.

DIY Mirror Wainscoting

Langkah 4:

Pasang bingkai kayu tersebut pada dinding dan ukur supaya ianya dipasang dengan betul.

DIY Mirror Wainscoting
DIY Mirror Wainscoting
DIY Mirror Wainscoting

Bingkai tersebut sudah hampir siap dipasang.

DIY Mirror Wainscoting

Sediakan beg plastik semasa proses menebuk lubang supaya habuk tidak berterabur pada permukaan lantai.

DIY Mirror Wainscoting

Langkah 5:

Pula adalah dengan mengukur kawasan dinding yang ingin dipasang cermin tersebut.

DIY Mirror Wainscoting

Cermin dalam proses pemasangan.

DIY Mirror Wainscoting

Langkah 6:

Pasangkan pita pelekat pada bahagian tepi kayu wainscoting sebelum dicat dengan warna putih.

DIY Mirror Wainscoting

Langkah 7:

Proses mengecat sedang dilakukan.

DIY Mirror Wainscoting

Inilah hasil dinding ruang tamu setelah selesai dideco dengan konsep dan gaya wainscoting yang sangat simple tapi menarik.

DIY Mirror Wainscoting

Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat dan menjadi inspirasi buat semua pembaca di luar sana dalam melakukan projek DIY seperti ini.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down