Deco Rumah Kawan Guna Barang Dari Kedai Eco Dan Ecoplus

8,331 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Kalau dengan member baik ni, ajak la pergi mana pun pasti dia akan sentiasa on. Kalau nak mintak tolong pun senang, call je kata motor rosak ke apa ke, pasti akan datang tolong.

Itu kalau ada musibah yang berlaku. Namun, perkongsian kali ini agak berlainan dari biasa. Disebabkan dia memiliki bakat dalam menghasilkan deco, kawannya meminta pertolongan untuk melakukan dekorasi rumah.

Macam biasa, sentiasa on demi kawan-kawan kan? Jadi, jom kita lihat proses dan hasil yang diperoleh setelah rumah ini berjaya diubahsuai.

Deco Rumah Kawan Guna Cara Bajet

Selesai main deko-deko rumah member bertemakan hitam dan putih. Hampir 2 minggu untuk siapkan semua ruang dalam rumah ini.

Deko kebanyakan menggunakan bahan dari kedai Eco rm2.10 dan Ecoplus.

Guna pakai barang lama semaksima mungkin.

Permulaannya, beliau melakukan pemasangan wallpaper dahulu pada dinding rumah.

Deco Rumah Kawan
Deco Rumah Kawan Guna wallpaper

Wallpaper selesai dipasang.

Deco ruang tamu Rumah Kawan
Deco ruang tamu Rumah Kawan

Pada bahagian ini, pemasangan batten wall dilakukan.

Deco ruang tamu Rumah Kawan

Seterusnya pula, penghasilan dekorasi pada ruang menonton tv.

Deco ruang tamu Rumah Kawan

Ruang menonton tv setelah selesai di deco.

Deco ruang tamu Rumah Kawan

Inilah hasil yang diperoleh setelah ruang tamu ini selesai di deco.

Dekorasi yang dihasilkan pada ruang makan.

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga dapat memberi inspirasi buat semua pembaca yang mahu hasilkan dekorasi kediaman menarik dengan hanya cara bajet.

Selamat mencuba.

Kredit: Nik Nassron

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down